Uruguay 0 - 3 Peru
Venezueala 2 - 2 Bolivia
Ecuador 2 - 3 Chile
Paraguay 5 - 0 Colombia
Argentina 4 - 1 America
Brazil 0 - 2 Mexico
What was the most surprising result of the first round?
26 Jun 2007, 5 PM:
Bertempat di Padang UNIMAS, Pasukan Faster FC telah turun ke padang untuk melengkapkan perlawanan ke 3 Liga Perdana UNIMAS. Pasukan yang menjadi lawan pada kali ini merupakan sebuah pasukan yang memang bukan calang-calang tahap permainan mereka. Pasukan yang dimaksudkan ialah Pasukan Saminu FC. Dalam perlawanan ini, kedua-dua pasukan menunjukkan tahap permainan yang cemerlang, dimana kedua-duanya saling serang menyerang. Walaupun pasukan Saminu FC, nampak lebih mengawal bola, namun pasukan mereka hanya beberapa kali sahaja dapat menembusi benteng terakhir pasukan Faster FC. Sebaliknya, pasukan Faster FC yang sepatutnya dapat melakar kemenangan bergaya telah banyak mensesia-siakan peluang. 4 kali pertemuan 1 dengan 1 antara penyerang Faster FC dan penjaga gol Saminu FC, dipersia-siakan.
Sekiranya penyerang Faster FC bijak mengambil peluang, 3 mata sudah pasti dalam genggaman.
Majlis Pembukaan Liga akan diadakan pada 7 Jun 2007 bertempat di Padang UNIMAS (Kampus Lama) jam 5.00pm. Ia akan dirasmikan oleh Prof Dr Shazali Abu Mansor yang mewakili Prof Dr Khairuddin Ab. Hamid, Timbalan Naib Canselor (HEP&A). Orang ramai dijemput untuk hadir bagi memeriahkan majlis tersebut.Perlawanan pembukaan adalah diantara Saminu FC lawan Bravo FC.
Click UPL for more info.
Dalam perlawanan Faster FC vs Feng Team ini, perlawanan tersebut dapat menyaksikan pelbagai aksi-aksi menarik daripada kedua-dua pasukan. Kemenangan berpihak pada pasukan Faster FC dengan jaringan 3 gol tanpa balas. Bermain dalam keadaan becak dan berair tidak menjadi masalah pada pasukan Faster FC untuk mempamerkan permainan yang cantik, sekaligus mendominasi perlawanan pada separuh masa pertama. Pada separuh masa kedua pula, perlawanan semakin seimbang bila, pemain Feng Team mula menunjukkan peningkatan dan kesungguhan mereka.
Gol-gol Pasukan Faster FC , telah dijaringkan oleh Samsur Mohammad(m 32), Azis Ajim (m 50) dan Rasli Bujang (m 65).Faster FC : Jair Johari, Ziman, Raymond, Hasri, Boy, Azis, Ramlie, Azwan, Mus, Samsur, Nizam, Qammil, Rasli.
Feng Team : Ismail, Rozaini, Zaidi Suhai, Awg. Azmirul, Mahathir Bujang, Edward, Saiful, Abdul Azim, Azaman, Yusmizan, Awg Hafizam, Aidil Azli, Noor Hisyam.
Terima kasih juga di ucapkan kepada En. Zulkifli Ahmad, En. Azaharie, En. Nazri Latib dan En. Norzaiheime kerana turut membantu dari segi minuman dan foto untuk kelab Faster FC.
Baju Pemain