Info Terkini

Best View: Best viewed by IE Faster FC melangkah ke Separuh Akhir PDNC selepas menang bergaya 4-0 ke atas Par United Kelab Faster FC mencari Seorang Striker dan Midfielder untuk Window Transfer. Sila Hubungi Faster FC Club for more info.

Wednesday, May 23, 2007

Faster FC 3 - 0 FENG Team

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera ,

Pasukan Faster FC menerima pelawaan Pasukan FENG FC untuk mengadakan perlawanan persahabatan sebagai langkah awal untuk memantapkan pasukan masing-masing sebelum menjelang sepak mula UPL 2007/Piala DNC.
Perlawanan telah diaturkan pada 22 Mei 2007 pada jam 5.00 petang di Padang Unimas, Kampus Timur.
Dalam Perlawanan tersebut pasukan Faster FC berjaya menewaskan pasukan lawan dengan jaringan 3 gol berbalas 0 dan dua jaringan disumbangkan oleh Azis manakala gol ke-3 adalah hasil sumbangan Qammil @ Kiong.Perlawanan dimulakan pada 5.15 petang dan berakhir tanpa sebarang masalah yang tidak diingini..
Di harap kejayaan kali ini menjadi pembakar semangat kepada semua pemain pasukan Faster FC untuk memastikan pasukan ini beroleh kejayaan untuk UPL&Piala DNC 2007.

Read More...

Sunday, May 20, 2007

Friendly Match with FENG Team

Assalamualaikum dan Selamat sejahtera ,

Dimaklumkan bahawa perlawanan persahabatan antara Pasukan FASTER FC "vs" Belia Kpg Tambirat Berakhir dengan keputusan seri 2-2 dan sehubungan itu urusetia kelab telah mengatur satu lagi perlawanan persahabatan sebelum menjelang sepak mula UPL 2007,

Berikut adalah maklumat untuk perlawanan persahabatan FASTER FC :-

FASTER FC "vs" FENG

Tarikh : 22 May 2007 (Selasa)
Masa : 5:15 Petang
Tempat : Padang Unimas (Kampus Timur)


Mohon semua dapat menghadiri perlawanan tersebut.

sekian,terima kasih.

* p/s mohon ajk lojistik menyediakan minuman untuk semua pemain


*********************************************
NURUL AZWAN B JAMAL SHUKURI
Setiausaha Kelab

Read More...

Thursday, May 17, 2007

Faster FC Vs Tambirat Youth

Pada 17 Mei 2007, Pasukan Faster FC telah mengadakan satu perlawanan persahabatan dengan Pasukan Tambirat Youth. Perlawanan persahabatan ini diadakan di Padang UNIMAS pada jam 5 petang. Dalam perlawanan persahabatan ini, kebanyakan pemain Faster FC tidak dapat turun padang kerana komitmen kerja dan hal-hal penting lain. Mohon dimasa-masa akan datang, agar pasukan ini dapat bermain dengan sepenuhnya bagi mencari formula dan formasi yang terbaik untuk digunakan semasa sepak mula Liga Perdana Unimas yang akan berlangsung tidak lama nanti.

Perlawanan Faster FC Vs Tambirat Youth ini berkesudahan seri 2-2. Jaringan Faster FC dijaringkan oleh Ramlie dan Azis. Perlawanan ini berjalan dengan baik dan lancar, dengan kedua-dua pasukan mempamerkan semangat fair play games. Di harap agar pasukan Faster FC ini dapat mengekalkan rentak menguasai permainan seperti 2 perlawanan yang lepas.
Click HERE for more pics.

Read More...

Formation Kelab


4-3-1-2

Read More...

Profile Pemain

Click Pictures For Large File.






































Read More...

Kata Aluan AJK Kelab

PENGURUS : Dr. Samsur b. Mohamad
"Terima kasih diatas kepercayaan ahli pasukan/kelab diatas perlantikan saya sebagai Pengurus Pasukan Faster FC. InsyaALLAH, tanggungjawab yang diberikan akan dilaksanakan sebaik mungkin bagi memastikan pasukan kita berjaya memenangi Piala Liga dan Piala Datuk NC yang dipertandingkan.
Komitmen dan sokongan pemain serta ahli jawatankuasa pengurusan amatlah diharapkan bagi membawa kejayaan yang cemerlang pasukan kita.

Tahniah juga diatas perlantikan ahli-ahli jawatan kuasa pengurusan dan pemain-pemain pasukan bagi tahun 2007, dan juga diatas penubuhan pasukan Faster FC.
Teruskan Pejuangan dan Semoga Berjaya dengan Cemerlang"
TIMBALAN PENGURUS : En. Rajuna b. Tahir
"Assalamualaikum,
Pertama kali saya ucapkan ribuan terima kasih kerana telah melantik saya dan diberi
kepercayaan saya untuk bersama memperjuangkan kelab Faster FC.

Syabas dan tahniah juga saya ucapkan kepada AJK yang dilantik. Semoga kerjasama sebegini dapat mewujudkan suasana dan tenaga juang yang harmoni disamping mencungkil bakat-bakat yang terpendam yang selama ini tidak di ketengahkan . Untuk menghasilkan kejayaan bukan lah suatu perkara yang mudah kalau tidak ada kerjasama semua pihak. Oleh kerana itu kita perlu pengorbanan masa, tenaga dan usaha barulah beroleh kemenangan
. Sekian dan terima kasih."

PENASIHAT KELAB : En. Muhammad Ramlie Hassan Shaari
"Syabas dan tahniah kepada pengurusan kelab dan semua atas penubuhan kelab ini.
Harapan kita agar dengan adanya kelab ini akan dapat menjadi pemangkin kepada kejayaan kita bersama dan membantu pembangunan sukan bolasepak di Unimas. Kita mengharapkan agar kelab ini akan menjadi sebuah kelab yang diminati dan tidak hanya menumpukan kepada kemenangan semata-mata. Saya yakin, dengan adanya pengurusan yang berkaliber dan tersusun ini kita yakin akan dapat menjadi sebuah kelab yang berjaya suatu hari nanti. Semoga kesungguhan dan komitmen tinggi semua akan dapat membantu meningkatkan mutu dan prestasi kelab in agar mendapat pengiktirafan dan di minati semua warga Unimas dan diluar amnya. Objektif utama kita adalah agar kita dapat menarik semua lapisan menjadi ahli dan penyokong kelab ini seterusnya menyokong kelab ini ke arah kejayaan yang diimpikan. Insyaallah. Semoga berjaya semua & tahniah."

JURULATIH : En. Raymond Patrick Atet
"Salam Sejahtera. Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK Kelab, Pemain dan Tuan Pengurus kerana melantik saya. Dengan kerjasama yang baik diberikan, tidak mustahil kelab kita akan memperoleh kejayaan. Harapan agar Kelab kita ini menjadi sebuah kelab yang terunggul dan melahirkan pemain-pemain yang berbakat. Dan semestinya, dengan penubuhan kelab ini juga, kita akan dapat menjadikannya sebagai tapak membina semangat berpasukan."
PENOLONG JURULATIH : En. Azis b. Ajim
"Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Terlebih dahulu ingin saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada AJK Kelab, Pemain, Pengurus dan Jurulatih Kelab kerana memilih saya sebagai Penolong Jurulatih . Saya berharap kelab diuruskan dengan baik supaya menjadi rebutan pemain-pemain yang ternama dalam pasukan lain. Dengan kerjasama yang baik antara pemain dan pengurusan, tidak mustahil pasukan ini akan memperoleh kejayaan."

Ketua Pasukan : En. Amin Mangi

"Salam sejahtera rakan-rakan seperjuangan,
Pertamanya saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana telah memberi kepercayaan kepada saya sebagai Ketua Pasukan Faster FC dan mengizinkan saya memberi sepatah dua kata aluan di sini. Sebagai sebuah pasukan dalam permainan bolasepak, sememangnya kita mempunyai impian untuk menunjukkan kebolehan dalam mencapai kejayaan. Oleh demikian, kita selaku pemegang watak sebagai pemain haruslah memberikan komitmen yang tinggi untuk mencapai hajat tersebut. Dalam setiap perlawanan kita hendaklah menunjukkan semangat berpasukan yang tinggi.

Sekian, semoga pasukan kita akan mencapai kejayaan."

Read More...

Friday, May 11, 2007

AJK Kelab Bolasepak Faster FC

PENGURUS:
DR. Samsur b Mohamad

TIM. PENGURUS 1:
En. Rajuna Tahir

TIM. PENGURUS 2:
DR. Edwin ak Mit

SETIAUSAHA :
En. Nurul Azwan b Jamal Shukuri

BENDAHARI:
En. Mohd Nizam b. Abd Latif

JURULATIH:
En. Raymond ak Patrick Atet

PEN. JURULATIH :
En. Azis b. Ajim

JURUGAMBAR:
En. Nazri b. Latib
En. Azaharie b. Suria

KETUA KELAB PENYOKONG :
En. Sulaiman b. Bol

AJK LOGISTIK/KEBAJIKAN :
En. Zulkifli b. Ahmad
En. Huzal Irwan b. Husin
En. Richard Toh
En. Besar b Ketol

KAPTEN PASUKAN :
En. Amin Mangi

PEN. KAPTEN :
En. Mohd Hasri Al Hafiz b. Haba

WEBSITE :
En. Mustafa Kamal b. Mohd Faizal
PENASIHAT KELAB :
En. Muhammad Ramlie Hassan Shaari

Read More...

Tuesday, May 8, 2007

Info Kelab

Pasukan Bolasepak Faster FC pada mulanya ditubuhkan bagi menyertai Sukan Staf UNIMAS dan Piala Pendaftar UNIMAS yang dianjurkan setiap tahun di Unimas. Dahulunya lebih dikenali sebagai Pasukan FSTS, bagi merujuk kepada Fakulti yang diwakili iaitu Fakulti Sains Dan Teknologi Sumber. Dengan pelancaran Kejohanan Unimas Premier League yang bermula pada 5 Jun 2007 yang berformatkan pasukan kelab, ahli-ahli pasukan FSTS telah mencadangkan penubuhan pasukan Faster FC yang akan diwakili oleh beberapa pemain dari Fakulti/Bahagian yang ada di Unimas.

Objektif utama penubuhan Kelab Bolasepak Faster FC ini adalah bagi mengembangkan lagi pasukan dan bakat pemain bolasepak FasterSteelFC kepada peringkat lebih tinggi dan menaikkan nama UNIMAS amnya dengan melahirkan beberapa pemain handalan yang akan mewakili UNIMAS.


Penubuhan kelab ini juga secara tidak langsung memperbanyakkan aktiviti social dan sukan terutama program pembangunan bolasepak bagi kakitangan UNIMAS dan melahirkan pemain-pemain belia yang berpotensi untuk diketengahkan kepada pasukan bolasepak Universiti.

Read More...

Image Hosted by ImageShack.us