Faster FC vs Par United
Click HERE for more pics in this match.
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
17 Julai 2007, 5 petang.
Bertempat di Mini Stadium Kota Samarahan, Pertembungan menarik dua pasukan, Faster FC dan Par United. Perlawanan disudahi dengan kemenangan berpihak kepada Pasukan Par United dengan jaringan 4 gol berbalas 2.
Saksikan aksi video yang sempat dirakamkan.
Tersentak dengan gol awal Faster FC, pasukan Par United mula mencongak strategi menyerang yang pantas dari sebelah tepi padang yang ternyata dikuasai oleh pemain mereka. Gol yang mereka cari akhirnya muncul pada minit ke 10, setelah pemain pertahanan Faster FC, menyangka pemain tersebut dalam kedudukan "offside".
Separuh masa pertama diakhiri dengan kedua-dua pasukan terikat 1-1.
Separuh masa kedua, minit ke 40, pasukan PAR United berjaya memperolehi penalti. Keputusan pengadil tersebut mengecewakan para pemain Faster FC, kerana pemain pertahanan Faster FC sebenarnya yang telah dikasari. Peluang tersebut tidak disia-siakan oleh pemain Par United, dan seterusnya berjaya menjaringkan gol kedua.
Setelah reda dengan gol tersebut, pasukan Faster FC, sekali lagi menerusi penyerang Qammil Muzammil, berjaya menghasilkan gol penyamaan yang cantik dari sebelah kiri pihak lawan.
Pada minit ke 55, pasukan Faster FC, kehilangan tonggak pertahanan, Raymond (The Conqueror)kerana mengalami "selauk" dibahagian belakang paha. Ketiadaan Raymond, seterusnya menjejaskan kubu terakhir Faster FC yang seterusnya membolehkan pemain Par United berjaya menghasilkan 2 gol mudah.
Ketiadaan 3 tonggak pertahanan Ziman "Ironman"(digantung perlawanan), Rafi (tiada pelepasan majikan) dan Raymond "The Conqueror" (Cedera),merupakan punca utama kekalahan Faster FC. Begitu juga dibahagian serangan, dimana Rasli (digantung perlawanan)sekadar hanya dapat memerhati dari tepi padang.
Pihak pengurusan Faster FC mengucapkan terima kasih kepada para pemain dan urusetia yang hadir dan juga kepada Cameraman En. Azaharie dan En. Nazri kerana sempat mengambil video dan pics menarik dalam perlawanan ini.
No comments:
Post a Comment