Ulasan Pengurus (Faster FC vs Rovers X)
Assalamualaikum & Salam Sejahtera Buat Semua Peminat UPL.
Syabas dan tahniah buat semua pemain FASTER FC atas kejayaan menewaskan ROVERS X pada perlawanan ke-4 liga di Stadium Mini Samarahan, baru-baru ini. Seperti yang dijangkakan pasukan kami turun dengan lebih bersemangat dan tentang hebat dari pihak lawan menyemarakan lagi rentak "laju" pasukan kami.
Kemenangan 1-0 atas jaring saudara Muhammad Ramlie Hassan Shaari, pada awal permainan separuh masa kedua memberikan kelegaan kepada pasukan kami dengan melengkapkan prestasi terbaik pasukan setakat ini. Jaringan cantik ini bermula dengan larian solo dari sebelah kiri tengah padang pihak lawan dan "skill" mengelecek pertahanan Rovers X diakhiri dengan kuisan yang menarik menewaskan penjaga gol. Jaringan ini merupakan gol sulung suadara Ramlie dalam liga UPL. Beliau yang sedikit terganggu dengan persoalan peribadi nampak bersemangat untuk diturunkan dalam kesebelasan utama, serta kekecewaan dalam perlawanan sebelum ini. Semangat juang tinggi beliau menyakinkan pihak pengurusan dan "man of the match" kami ini tidak mensia-siakan peluang yang ada. Syabas Ramlie.
Secara keseluruhan, perlawanan ini menampakan persaingan yang hebat kedua-dua pasukan dengan strategi berhati-hati dan permainan yang lebih kepada fizikal "fitness" dalam cuaca yang panas. Benteng pertahanan FASTER FC harus diberikan pujian dengan mengekang asakan pasukan lawan; Boy, Raymond, Hafiz dan Ziman antara barisan pertahanan yang begitu mantap setakat ini, tidak dilupakan penjaga gawang kami, saudara JJ yang setakat ini hanya bolos SATU gol sahaja. Satu pencapaian yang hebat jika dibandingkan dengan pasukan lain dalam liga.
Namun, sedikit teguran dari pihak pengurusan FASTER FC terhadap mutu pengadilan, yang tidak dapat mengawal perlawanan dengan baik. Insiden di akhir perlawanan dengan beberapa terjahan keras yang tidak dibendung oleh pengadil menyebabkan "kad merah" dilayangkan kepada saudara Ziman. Kami merasakan jika pihak pengadil dapat mengawal situasi ini dari awal dengan mengenakan tindakan diatas kekasaran yang dilakukan kami yakin insiden ini tidak akan berlaku. Kami akui terdapat kekasaran yang dilakukan oleh pihak kami, namun jika tindakan awal dari pengadil diambil kira, saya yakin ianya akan menjadi satu perlawanan yang penuh dengan "semangat kesukanan". Kami akur dengan pengantungan terhadap pemain terbaik kami saudara Ziman, namun pihak pengurusan FASTER FC mengharapkan Penganjur Kejohanan dapat mengambil ikhtibar daripada insiden ini, bagi memastikan impian menjadikan liga ini lebih berprestij dan terbaik pernah dianjurkan.Pihak kami berharap pihak pengajur dapat melakukan tindakan yang drastik dalam menangani isu ini bagi kebaikan LIGA UPL.
Pihak pengurusan FASTER FC mengucapkan terima kasih kepada pihak urusetia FASTER FC yang sentiasa bersama kami dalam setiap perlawanan, "make dream come true", semoga kita sama-sama berjaya meletakkan pasukan pasukan FASTER FC sebagai pasukan elit di persada liga. VIVA FASTER FC.
GEGAR FASTER FC.
Dr Samsur Mohamad
Manager FASTER FC
No comments:
Post a Comment