Perlawanan berkesudahan dengan Faster FC 0-5 Red Rangers.
Bertempat di Padang Kompleks Sukan UNIMAS, pertembungan 2 pasukan yang belum pernah kalah setakat 4 perlawanan dalam liga UPL, iaitu Pasukan Faster FC dan Pasukan Red Rangers. Kedua-dua pasukan menampilkan pemain-pemain terbaik mereka bagi meleburkan rekod bersih pihak lawan masing-masing.
Tidak mustahil rasanya pasukan ini sudah boleh disebut-sebut sebagai Juara UPL musim pertama, jika mengikut lawan yang bakal mereka temui kelak.
Bagi Faster FC, dengan kekalahan pertama ini (0-5), ianya bukanlah bermaksud perjuangan kita akan berakhir. Lihat saja pada pasukan Brazil semasa Copa Amerika 2007 yang lepas. Mereka kalah pada pasukan Mexico dengan 2-0 pada perlawanan pertama, namun bak kata orang tua-tua, sudah terantuk baru tergadah.... mereka mula bangkit, dan seterusnya menjadi Juara.
Ayuh Faster FC... kita mulakan langkah mengencang PAR United pula. Ikut segala strategi yang telah dirancang. Make a dream comes true.....
No comments:
Post a Comment