Info Terkini

Best View: Best viewed by IE Faster FC melangkah ke Separuh Akhir PDNC selepas menang bergaya 4-0 ke atas Par United Kelab Faster FC mencari Seorang Striker dan Midfielder untuk Window Transfer. Sila Hubungi Faster FC Club for more info.

Thursday, May 17, 2007

Kata Aluan AJK Kelab

PENGURUS : Dr. Samsur b. Mohamad
"Terima kasih diatas kepercayaan ahli pasukan/kelab diatas perlantikan saya sebagai Pengurus Pasukan Faster FC. InsyaALLAH, tanggungjawab yang diberikan akan dilaksanakan sebaik mungkin bagi memastikan pasukan kita berjaya memenangi Piala Liga dan Piala Datuk NC yang dipertandingkan.
Komitmen dan sokongan pemain serta ahli jawatankuasa pengurusan amatlah diharapkan bagi membawa kejayaan yang cemerlang pasukan kita.

Tahniah juga diatas perlantikan ahli-ahli jawatan kuasa pengurusan dan pemain-pemain pasukan bagi tahun 2007, dan juga diatas penubuhan pasukan Faster FC.
Teruskan Pejuangan dan Semoga Berjaya dengan Cemerlang"
TIMBALAN PENGURUS : En. Rajuna b. Tahir
"Assalamualaikum,
Pertama kali saya ucapkan ribuan terima kasih kerana telah melantik saya dan diberi
kepercayaan saya untuk bersama memperjuangkan kelab Faster FC.

Syabas dan tahniah juga saya ucapkan kepada AJK yang dilantik. Semoga kerjasama sebegini dapat mewujudkan suasana dan tenaga juang yang harmoni disamping mencungkil bakat-bakat yang terpendam yang selama ini tidak di ketengahkan . Untuk menghasilkan kejayaan bukan lah suatu perkara yang mudah kalau tidak ada kerjasama semua pihak. Oleh kerana itu kita perlu pengorbanan masa, tenaga dan usaha barulah beroleh kemenangan
. Sekian dan terima kasih."

PENASIHAT KELAB : En. Muhammad Ramlie Hassan Shaari
"Syabas dan tahniah kepada pengurusan kelab dan semua atas penubuhan kelab ini.
Harapan kita agar dengan adanya kelab ini akan dapat menjadi pemangkin kepada kejayaan kita bersama dan membantu pembangunan sukan bolasepak di Unimas. Kita mengharapkan agar kelab ini akan menjadi sebuah kelab yang diminati dan tidak hanya menumpukan kepada kemenangan semata-mata. Saya yakin, dengan adanya pengurusan yang berkaliber dan tersusun ini kita yakin akan dapat menjadi sebuah kelab yang berjaya suatu hari nanti. Semoga kesungguhan dan komitmen tinggi semua akan dapat membantu meningkatkan mutu dan prestasi kelab in agar mendapat pengiktirafan dan di minati semua warga Unimas dan diluar amnya. Objektif utama kita adalah agar kita dapat menarik semua lapisan menjadi ahli dan penyokong kelab ini seterusnya menyokong kelab ini ke arah kejayaan yang diimpikan. Insyaallah. Semoga berjaya semua & tahniah."

JURULATIH : En. Raymond Patrick Atet
"Salam Sejahtera. Terlebih dahulu saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua AJK Kelab, Pemain dan Tuan Pengurus kerana melantik saya. Dengan kerjasama yang baik diberikan, tidak mustahil kelab kita akan memperoleh kejayaan. Harapan agar Kelab kita ini menjadi sebuah kelab yang terunggul dan melahirkan pemain-pemain yang berbakat. Dan semestinya, dengan penubuhan kelab ini juga, kita akan dapat menjadikannya sebagai tapak membina semangat berpasukan."
PENOLONG JURULATIH : En. Azis b. Ajim
"Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Terlebih dahulu ingin saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada AJK Kelab, Pemain, Pengurus dan Jurulatih Kelab kerana memilih saya sebagai Penolong Jurulatih . Saya berharap kelab diuruskan dengan baik supaya menjadi rebutan pemain-pemain yang ternama dalam pasukan lain. Dengan kerjasama yang baik antara pemain dan pengurusan, tidak mustahil pasukan ini akan memperoleh kejayaan."

Ketua Pasukan : En. Amin Mangi

"Salam sejahtera rakan-rakan seperjuangan,
Pertamanya saya mengucapkan ribuan terima kasih kerana telah memberi kepercayaan kepada saya sebagai Ketua Pasukan Faster FC dan mengizinkan saya memberi sepatah dua kata aluan di sini. Sebagai sebuah pasukan dalam permainan bolasepak, sememangnya kita mempunyai impian untuk menunjukkan kebolehan dalam mencapai kejayaan. Oleh demikian, kita selaku pemegang watak sebagai pemain haruslah memberikan komitmen yang tinggi untuk mencapai hajat tersebut. Dalam setiap perlawanan kita hendaklah menunjukkan semangat berpasukan yang tinggi.

Sekian, semoga pasukan kita akan mencapai kejayaan."

No comments:

Image Hosted by ImageShack.us