Info Terkini

Best View: Best viewed by IE Faster FC melangkah ke Separuh Akhir PDNC selepas menang bergaya 4-0 ke atas Par United Kelab Faster FC mencari Seorang Striker dan Midfielder untuk Window Transfer. Sila Hubungi Faster FC Club for more info.

Monday, November 5, 2007

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pengunjung blogs dari kami Faster FC Management.

Read More...

Tuesday, September 18, 2007

Makan Malam Kelab Rekreasi Unimas

Assalamualaikum kepada semua Fasterian... sori lambat update this blog. Ok , this is some pics taken from Makan Malam Kelab Rekreasi Unimas.
Terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur UPL kerana sudi menjemput semua ahli pasukan Faster FC menghadiri Majlis Makan Malam tersebut. Walaupun kehadiran dari Faster FC adalah 50%, namun ianya sudah cukup untuk menggamatkan keadaan malam tersebut.
Kesemua pasukan dalam UPL juga turut hadir dalam majlis tersebut. Bagi penganugerahan hadiah untuk UPL Musim 2007 juga di adakan pada malam ini disamping anugerah kepada pasukan F/I/B/P yang bertanding dalam kejohanan Ping Pong UNIMAS.
Bagi Pihak Pengurusan Faster FC, kami mengucapkan syabas kepada pihak Pengurusan UPL kerana berjaya merapatkan lagi silaturrahim antara pemain dengan penganjuran Makan Malam tersebut... Syabas....

Read More...

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan


Ada orang balik kampung... tapi sebulan jer tau. Ingat, lepas sebulan nanti dia datang balik.
Anyway, kepada semua Pengunjung Faster FC blogspot, kami mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak dengan hati yang tulus dan ikhlas.....
Poso jangan sik poso....

Read More...

Sunday, August 19, 2007

Red Rangers Juara PDNC 2007


Mengekalkan reputasi pasukan terkuat dan belum terkalah!!! Red Rangers membuktikan bahawa merekalah pasukan terkuat tahun ini dalam liga bolasepak Unimas.
Red Rangers menewaskan Saminu FC 2-1 hasil jaringan Jemain dan Suhaili. Jaringan Saminu FC pula datangnya dari Drahman Abun.

Syabas buat pasukan Red Rangers. Tahniah dan ribuan terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang terlibat mahupun pihak urusetia UPL/PDNC kerana berjaya membawa arus baru kancah bolasepak UNIMAS. Dengan misi menampilkan pemain-pemain baru dalam corak mewakili kelab dan bukannya Fakulti atau bahagian masing-masing, pastinya kejohanan ini bakal menjadi impak terbaik dalam bolasepak UNIMAS.
Tidak ketinggalan juga bagi para pemain Faster FC tahun ini. Tahniah kepada anda kerana berjaya mempamerkan aksi menarik dalam setiap perlawanan, disamping membuka mata pemerhati bolasepak UNIMAS. Tahun depan kita ganyang lagi....
Viva Faster FC. Make A Dreams Come True....

Read More...

Monday, August 13, 2007

Faster FC kalah tipis di Semi Final.

" Kitak urang mun dapat berekot laju kit,... defender sidak ya tuo-tuo yo."
Diundi dalam kumpulan maut, Faster FC tetap bersemangat untuk meneruskan perjuangan. Menang keatas Par United, yang menanti pula, bukan calang-calang pasukan, Red Rangers.
Jaringan oleh Nor Hailman Edi (bekas pemain Faster FC 2006) pada separuh masa kedua permainan meranapkan impian Faster FC untuk melangkah ke perlawanan akhir PDNC. Walaupun Faster FC digelar pasukan "underdog' di awal musim dan pernah kalah 0-5 kepada pasukan yang sama ... namun corak permainan yang ditonjolkan pada perlawanan ini agak seimbang, dimana kedua-dua pasukan saling serang-menyerang. Cuma dari segi pengalaman dan taktikal, pasukan Red Rangers lebih menyerlah.
Dengan ketiadaan perlawanan penentuan tempat ke 3-4.... maka berakhirlah sudah musim 2007, buat Pasukan Faster FC. Pencapaian pada tahun ini bolehlah dianggap terbaik dengan menduduki tempat ke 4 UPL dan melangkah ke Separuh Akhir PDNC walaupun diawal musim hanya di pandang sebelah mata oleh pasukan-pasukan lain.
Saksikan nanti perlawanan Akhir PDNC antara Red Rangers vs Saminu FC, 14 Ogos 2007 bertempay di Padang Kompleks Sukan Unimas, Kampus Timur jam 5 petang.

Read More...

Wednesday, August 8, 2007

Champions Youth Cup


Anda semua dijemput untuk menyaksikan pertembungan Malaysia dan Bayern Munich di Stadium Negeri Sarawak petang ini. Jangan lepaskan peluang menyaksikan bakal "star" bolasepak dunia kali ini beraksi di bumi Sarawak. Perlawanan ini akan bermula pada pukul 6.45 petang waktu "sitok".
Perlawanan lain pula ialah antara PSV Eindhoven dan Chelsea FC. Bagi peminat kedua-dua pasukan bolehlah turut sama menyaksikan perlawanan ini pada pukul 8.40 malam sejurus selepas perlawanan skuad negara itu nanti.

"dapat jugak tengok keadaan padang yang menjadi kontroversi di berita malam tadi"

Read More...

Tuesday, August 7, 2007

Video Ramli Vs Bangla


Ramlie "Faster" vs Bangla "Par"...sapa lebih kuat. Nampaknya.......
Sambil juga saksikan aksi lakonan menarik di petak kawasan D....

Read More...

Image Hosted by ImageShack.us