Info Terkini

Best View: Best viewed by IE Faster FC melangkah ke Separuh Akhir PDNC selepas menang bergaya 4-0 ke atas Par United Kelab Faster FC mencari Seorang Striker dan Midfielder untuk Window Transfer. Sila Hubungi Faster FC Club for more info.

Monday, November 5, 2007

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada semua pengunjung blogs dari kami Faster FC Management.

Read More...

Tuesday, September 18, 2007

Makan Malam Kelab Rekreasi Unimas

Assalamualaikum kepada semua Fasterian... sori lambat update this blog. Ok , this is some pics taken from Makan Malam Kelab Rekreasi Unimas.
Terima kasih diucapkan kepada pihak penganjur UPL kerana sudi menjemput semua ahli pasukan Faster FC menghadiri Majlis Makan Malam tersebut. Walaupun kehadiran dari Faster FC adalah 50%, namun ianya sudah cukup untuk menggamatkan keadaan malam tersebut.
Kesemua pasukan dalam UPL juga turut hadir dalam majlis tersebut. Bagi penganugerahan hadiah untuk UPL Musim 2007 juga di adakan pada malam ini disamping anugerah kepada pasukan F/I/B/P yang bertanding dalam kejohanan Ping Pong UNIMAS.
Bagi Pihak Pengurusan Faster FC, kami mengucapkan syabas kepada pihak Pengurusan UPL kerana berjaya merapatkan lagi silaturrahim antara pemain dengan penganjuran Makan Malam tersebut... Syabas....

Read More...

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan


Ada orang balik kampung... tapi sebulan jer tau. Ingat, lepas sebulan nanti dia datang balik.
Anyway, kepada semua Pengunjung Faster FC blogspot, kami mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al Mubarak dengan hati yang tulus dan ikhlas.....
Poso jangan sik poso....

Read More...

Sunday, August 19, 2007

Red Rangers Juara PDNC 2007


Mengekalkan reputasi pasukan terkuat dan belum terkalah!!! Red Rangers membuktikan bahawa merekalah pasukan terkuat tahun ini dalam liga bolasepak Unimas.
Red Rangers menewaskan Saminu FC 2-1 hasil jaringan Jemain dan Suhaili. Jaringan Saminu FC pula datangnya dari Drahman Abun.

Syabas buat pasukan Red Rangers. Tahniah dan ribuan terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang terlibat mahupun pihak urusetia UPL/PDNC kerana berjaya membawa arus baru kancah bolasepak UNIMAS. Dengan misi menampilkan pemain-pemain baru dalam corak mewakili kelab dan bukannya Fakulti atau bahagian masing-masing, pastinya kejohanan ini bakal menjadi impak terbaik dalam bolasepak UNIMAS.
Tidak ketinggalan juga bagi para pemain Faster FC tahun ini. Tahniah kepada anda kerana berjaya mempamerkan aksi menarik dalam setiap perlawanan, disamping membuka mata pemerhati bolasepak UNIMAS. Tahun depan kita ganyang lagi....
Viva Faster FC. Make A Dreams Come True....

Read More...

Monday, August 13, 2007

Faster FC kalah tipis di Semi Final.

" Kitak urang mun dapat berekot laju kit,... defender sidak ya tuo-tuo yo."
Diundi dalam kumpulan maut, Faster FC tetap bersemangat untuk meneruskan perjuangan. Menang keatas Par United, yang menanti pula, bukan calang-calang pasukan, Red Rangers.
Jaringan oleh Nor Hailman Edi (bekas pemain Faster FC 2006) pada separuh masa kedua permainan meranapkan impian Faster FC untuk melangkah ke perlawanan akhir PDNC. Walaupun Faster FC digelar pasukan "underdog' di awal musim dan pernah kalah 0-5 kepada pasukan yang sama ... namun corak permainan yang ditonjolkan pada perlawanan ini agak seimbang, dimana kedua-dua pasukan saling serang-menyerang. Cuma dari segi pengalaman dan taktikal, pasukan Red Rangers lebih menyerlah.
Dengan ketiadaan perlawanan penentuan tempat ke 3-4.... maka berakhirlah sudah musim 2007, buat Pasukan Faster FC. Pencapaian pada tahun ini bolehlah dianggap terbaik dengan menduduki tempat ke 4 UPL dan melangkah ke Separuh Akhir PDNC walaupun diawal musim hanya di pandang sebelah mata oleh pasukan-pasukan lain.
Saksikan nanti perlawanan Akhir PDNC antara Red Rangers vs Saminu FC, 14 Ogos 2007 bertempay di Padang Kompleks Sukan Unimas, Kampus Timur jam 5 petang.

Read More...

Wednesday, August 8, 2007

Champions Youth Cup


Anda semua dijemput untuk menyaksikan pertembungan Malaysia dan Bayern Munich di Stadium Negeri Sarawak petang ini. Jangan lepaskan peluang menyaksikan bakal "star" bolasepak dunia kali ini beraksi di bumi Sarawak. Perlawanan ini akan bermula pada pukul 6.45 petang waktu "sitok".
Perlawanan lain pula ialah antara PSV Eindhoven dan Chelsea FC. Bagi peminat kedua-dua pasukan bolehlah turut sama menyaksikan perlawanan ini pada pukul 8.40 malam sejurus selepas perlawanan skuad negara itu nanti.

"dapat jugak tengok keadaan padang yang menjadi kontroversi di berita malam tadi"

Read More...

Tuesday, August 7, 2007

Video Ramli Vs Bangla


Ramlie "Faster" vs Bangla "Par"...sapa lebih kuat. Nampaknya.......
Sambil juga saksikan aksi lakonan menarik di petak kawasan D....

Read More...

Video dari "Juruletih"


Sebelum berjuang esok...mari kita ramai-ramai berhibur dengan persembahan dari "Juruletih" kita feat "Last Minute". Video diambil pada tahun lepas, semasa juruletih kita masih berkhidmat dengan Skuad Geng Kapak, Divisyen 2 Liga Ngap Sayot.
Para penonton yang hadir antara para penonton dan peminat pasukan Geng KAPAK....

So enjoyz dis song...

Read More...

Review PDNC : Faster FC vs Red Rangers


9 Ogos 2007, bertempat di Padang Kompleks Sukan Unimas, pertemuan 2 kelab ternama di Unimas, Faster FC dan Red Rangers akan berlangsung.
Kekalahan 0-5 tempohari pada pasukan yang sama, seboleh-bolehnya ingin dilupakan oleh pemain Faster Fc, disamping menyemai semangat berkobar-kobar untuk menang dalam perlawanan ini nanti.
Namun Faster Fc sedar, betapa kekuatan yang dimiliki oleh pasukan Red Rangers. Setelah suntikan semangat diberi dengan kemenangan 6-0 ke atas Feng Team, sudah pastinya mereka ingin sekali lagi meratah pasukan Faster Fc.
Buat Faster Fc.... kita teruskan strategi dan semangat yang ditonjolkan semasa menentang Par Utd minggu lepas. Pastinya, Red Rangers bakal menemui jalan sukar dan jerih yang baru pernah mereka lalui....
Viva Faster......

Read More...

Berita Minggu Ini (1)


Red Rangers telah melengkapkan senarai 4 pasukan ke separuh akhir PDNC, setelah menewaskan FENG Team 6-0 semalam. Mereka akan bertemu sekali lagi dengan pasukan Faster FC pada Khamis ini bagi mencari pasukan mana yang layak ke perlawanan akhir untuk bertemu samaada Saminu FC atau Bravo FC.

Read More...

Monday, August 6, 2007

Bravo FC bikin kejutan...


Kejutan demi kejutan berlaku untuk kejohanan PDNC kali ini. Bravo FC melakar kemenangan pertama mereka semenjak perlawanan Liga Perdana UNIMAS sehinggalah pembukaan perlawanan PDNC!
Tiada siapa menyangka , pasukan yang dulunya dianggap pasukan lemah, kini sudah setanding dengan pasukan-pasukan yang bertanding dalam liga UPL/
Kemenangan sebanyak 3-1 pasukan Bravo FC ke atas Rovers-X sedikit sebanyak memulih keyakinan Bravo FC. Bravo FC akan melangkah masuk ke semi final untuk bertemu Saminu FC. Seperti yang diketahui ramai juga, kini sudah ada 2 keputusan Upset yang berlaku, dimana Faster FC berjaya menundukkan Par United dengan 4-0, kini terbaru, Bravo FC menundukkan Rovers X dengan 3-1.
Adakah pasukan Feng Team yang akan bertemu pasukan Red Ranger petang ini mampu melakukan keputusan upset...sama-sama kita saksikan...

Read More...

Saturday, August 4, 2007

Faster Rulezz


Majalah Faster Rulezz edisi pertama sudah berada dipasaran.... jangan ketinggalan untuk membelinya....

Read More...

Wednesday, August 1, 2007

Faster FC Ke Separuh Akhir PDNC

Dendam berbalas.....

Ibarat pertemuan misi balas dendam selepas kekalahan dalam UPL, Faster Fc turun ke Padang Kompleks Sukan Unimas bagi penampilan sulung Piala Datuk Naib Canselor menentang pasukan Par UTD. Harus diingat, Par Utd yang dibarisi ramai pemain bintang Unimas, pernah menewaskan pasukan Faster FC 4-2 dalam UPL dan juga selaku Naib Juara UPL. Dengan menampilkan para pemain yang sama dalam perlawanan ini, sudah menunjukkan harapan mereka untuk mengulangi kemenangan tempohari.
Bagi Faster FC, dengan ketiadaan Rafi, Fadillah dan Nizam sebelum pertemuan ini sedikit sebanyak menggusarkan para pemain dan Jurulatih Raymond "The Conqueror".
Perlawanan antara kedua-dua pasukan pada kali ini banyak menampilkan permainan dan aksi menarik. Kedua-dua pasukan saling mengatur serangan berbahaya ke kubu lawan masing-masing.
15 minit selepas wisel permulaan, pasukan Par Utd mula mengawal permainan sambil memaksa bahagian pertahanan Faster FC yang diwakili "Kuda Liar", "Keta Tank","Ironman" dan "The Conqueror" bekerja keras. Namun, pada minit ke 28, Raymond "The Conqueror", berjaya menjaringkan gol cantik dari sebelah kanan gol menerusi sepakan percuma untuk Faster FC. Separuh masa pertama, berakhir dengan Faster FC mendahului 1-0.
Separuh masa kedua, sekali lagi pasukan Par Utd mengawal permainan dengan beberapa gerakan cantik, namun buntu dalam menjaringkan gol. Pada minit ke 45, sekali lagi Raymond bertindak mengambil sepakan percuma dari sebelah kanan dan disambut dengan tandukan kencang Azis untuk gol kedua Faster FC. Selepas ketinggalan 2 gol, keadaan barisan pertahanan Par UTD nampak agak goyah, dan ianya memudahkan pemain penyerang, Rasli Bujang bijak mengambil peluang dan seterusnya melakukan sepakan volley dari jarak 20 meter untuk gol ke 3. Minit ke 53, Ramlie pula mencipta nama selaku penjaring gol dalam perlawanan ini untuk membolehkan Faster FC mendahului dengan 4-0.
Perlawanan berakhir dengan kemenangan kepada Faster FC 4 gol tanpa balas.
Watak hero sebenar pasukan Faster FC dalam perlawanan ini ialah, penjaga gol Jair Johari aka JJ. Jair Johari sememangnya layak dipilih sebagai "Man Of The Match" dalam perlawanan ini. Walaupun mengalami kecederaan bahu, namun komitmen yang ditunjukkan memang baik. Peluang Par Utd menjaringkan gol, banyak diselamatkan oleh JJ, disamping 1 sepakan penalti yang berjaya di selamatkan, yang sudah pastinya bakal dikenang oleh pihak lawan.
Tahniah Faster FC...tahniah juga buat Par Utd kerana kedua-dua pasukan menampilkan aksi menarik dalam perlawanan ini.

Read More...

Monday, July 30, 2007

Review PDNC : Faster FC vs Par United


Esok, 31 Julai 2007 bertempat di Padang Kompleks Sukan Unimas, akan bermulanya sepak mula Piala Datuk Naib Canselor Unimas. Pertembungan 2 pasukan, Faster FC dan juga Par UTD.
Setelah dikecewakan dengan jaringan 2-4 tempohari, sudah pastinya, pasukan Faster FC akan mula bangkit mengejar impian dengan sekurang-kurangnya melangkah ke perlawanan separuh akhir. Dendam belum terbalas, Faster FC pasti membalas.
Para peminat bolasepak Unimas dan para penyokong kedua-dua pasukan, anda dijemput hadir bagi menyaksikan perlawanan yang terhebat minggu ini....
Go Faster...go...

Read More...

Sunday, July 29, 2007

Iraq win first-ever Asian Cup title

JAKARTA, July 29, 2007 (AFP) - Skipper Younis Mahmoud's thumping headed goal crowned Iraq as Asian Cup champions for the first time with a stirring 1-0 win over Saudi Arabia that was welcomed in Baghdad by barrages of gunfire.
Mahmoud rammed home the 71st-minute header off a Hawar Mohammed corner for the only goal in the fiercely-contested all-Arab final over the three-time champion Saudis in a seething Gelora Bung Karno Stadium.

The huge roar inside the stadium was matched by celebrating supporters back in their war-ravaged homeland where Iraqis risked death to rejoice the unifying triumph.

Thousands of Iraqis defied a strict government ceasefire order to welcome the victory with gunfire, although many others stayed indoors after car bombs killed more than 50 fans after Iraq's semi-final victory on Wednesday.

"I had a lot of belief inside myself that we could do something today," said Iraq's Brazilian coach Jorvan Vieira, who said on Saturday he would resign whatever the result.

"I came here to win from the beginning because I am a very bad loser," he added.

"My players had so much confidence and were so sure. They wanted to do something for their country.

"We played very well and, to be honest, I am not happy with 1-0. We should have won 3-0."

Iraq blunted the resistance of the Saudis, who could not counter the determination and steel of their Gulf rivals in the crackling decider to the three-week continental tournament.

Mahmoud's goal came after concerted Iraqi pressure when Hawar's corner directed at the far post went beyond goalkeeper Yaser Al Mosailem and on to the striker's head for a terrific header.

It was his fourth goal to finish joint leading scorer in the tournament with Saudi Arabia's Yasser Al Qhatani and Japan's Naohiro Takahara.

"Iraq deserved to win," admitted Saudi Arabia's Brazilain coach Helio Dos Angos.

"They made it very difficult for us to play our football. I feel sorry for the Saudi people but proud of my players and optimistic for the future."

Iraq, who have captivated the football world, finished conceding just two goals in their six games and put a spanner in the free-flowing Saudis, who were the leading scorers with 12 goals.

The driven Iraqis have showed great resolve throughout the tournament, crushing Australia 3-1 and negotiating South Korea on penalties in their gruelling semi-final.

It was a combustible opening 45 minutes with Australian referee Mark Shield issuing five yellow cards -- three to Iraq and two to the Saudis -- as tackles flew in with a take-no-prisoner approach from both teams.

The Iraqi defence handled the twin Saudi threat of Malek Maaz and Yasser Al Qahtani capably with left-back Bassim Abbas having a particularly solid game with his trademark acrobatic overhead clearances.

There was plenty of off-the-ball incidents with defender Ali Hussein Rehema going down clutching his face in the penalty area awaiting a free kick with the referee speaking to Al Qahtani but not taking the matter further.

Iraq, who had the better chances in the fiercely-contested exchanges, went close in the 28th minute when Karrar Jassim wriggled past two defenders and forced goalkeeper Yaser Al Mosailem to punch clear.

Iraq skipper Mahmoud went down dramatically grabbing his head after defender Waleed Jahdali appeared to head-butt him, but television replays showed that Mahmoud milked the incident and both were booked by the referee.

Al Qahtani had his only chance of the half when he made some space nearing half-time but blazed his shot well over the bar.

Playmaker Nashat Akram gave Mahmoud a chance in the box but his close-range shot was blocked by Waleed Jahdali 15 minutes after the interval.

Iraq goalkeeper Noor Sabri made a flying save to prevent a screaming volley from Taiseer Al Jassam going in and the action switched to the other end where Al Mosailem made a double save to stop Mahmoud and then Hawar Mohammed.

Read More...

Red Rangers Juara UPL 2007

Sudah terjawab.... Pasukan Red Rangers dengan rasminya menjuarai Liga Perdana UNIMAS 2007! Dengan mengutip sebanyak 19 mata mendahului pasukan-pasukan lain, sebanyak 32 jaringan telah dihasilkan sepanjang liga dan hanya dibolosi sebanyak 6 kali. Sememangnya pasukan Red Rangers harus dipuji kerana sentiasa mengungguli tangga teratas liga semenjak UPL2007 bermula! Tahniah diucapkan kepada pasukan Red Rangers!

Untuk pengetahuan semua, UPL2007 telah pun menutup tirainya bagi musim 2007 (musim pertama), sementara PDNC (Piala Datuk Naib Canselor) akan memulakan perlawanan pertamanya pada 31 Julai 2007. Ucapan maju jaya kepada semua pasukan-pasukan yang akan bertanding dan diharap dapat memberikan komitmen yang tinggi untuk merebut persaingan PDNC!
Viva Faster FC... kita kasi gegar PDNC kali ini...

Read More...

Thursday, July 26, 2007

Penghargaan dari Meja Pengurus...


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua,

Saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua pemain FASTER FC dan pihak pengurusan FASTER FC. Berakhirnya tiupan wisel penamat pada perlawanan terakhir menentang Bravo FC, menandakan tamat sudah LIGA UPL UNIMAS 2007.

Ucapan ribuan terima kasih kepada setiap pemain dengan komitmen yang tinggi serta semangat berpasukan yang terbaik ditunjukan sepanjang liga berlangsung. Pencapaian 2 kali menang, 3 seri dan 2 kalah adalah sesuatu yang membanggakan bagi skuad kerdil seperti kita. Syabas buat semua. Tempat ke-4 dalam liga dengan 9 mata cukup membuktikan bahawa kelab ini mampu untuk bersaingan dalam kejohanan liga pada masa akan datang. Namun jumlah jaringan paling sedikit dalam liga boleh dijadikan perangsang kepada pemain terutama di posisi penyerang untuk lebih gigih merobek benteng lawan pada masa akan datang. Tahniah dan syabas buat skuad pertahanan pasukan yang cemerlang disepanjang kejohanan walaupun terdapat sedikit masalah disebabkan beberapa insiden pengantungan pemain. Ianya satu "adat" dalam kejohanan bolasepak, masalah-masalah sebegini memberikan satu cabaran buat pasukan yang "masih kurang berpengalaman" bagi kita untuk menempuh kejohanan kali ini,

Tahniah buat semua dan kerjasama diberikan sepanjang kejohanan amat membanggakan. Saya mengharapkan kejayaan yang lebih cemerlang dalam Piala Datuk NC yang akan bermula pada 31 Julai 2007.

Go Faster Fc.

Pengurus Faster FC
SAMSUR MOHAMAD
Faculty of Resource Science and Technology
University Malaysia Sarawak
94300 Kota Samarahan
Sarawak

Read More...

Salam Penghargaan (Azaharie Suria)

Assalamualaikum,

Pihak pengurusan ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada saudara Azaharie Suria diatas penglibatan beliau dalam pengurusan kelab FASTER FC. Kami merasakan kehilangan "tonggak penting" dalam kelab ini, namun begitu tahniah kepada saudara atas jawatan baru di Jabatan Perangkaan. Kami warga FASTER FC mendoakan agar saudara berjaya dalam karier dan hubungan baik ini perlulah diteruskan pada masa akan datang.

Sekalung penghargaan buat saudara dan kami mengucapkan semoga saudara maju jaya dalam semua bidang yang diceburi.

Terima kasih

Pengurus Kelab Faster FC
Dr. Samsur Mohamad

p/s : Azaharie Suria merupakan pakar mengambil photoshoot yang baik. Bekerjasama dengan Nyaw Nazri, mereka berdua merupakan gandingan yang hebat ditepian gelanggang sebagai cameraman terbaik kelab.

Read More...

VIVA FASTER, makes dreams come true

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Liga Perdana Unimas hampir melabuhkan tirai penutupnya dan Pasukan Faster akan menentang pasukan Bravo FC untuk melengkapkan 7 perlawanan sepanjang Liga Perdana sebelum bermulanya sepak mula Piala Datuk Naib Canselor

Seperti sebelum ini pasukan FASTER FC turun dengan menurunkan pemain utamanya dan berhasrat untuk mengutip tiga mata penuh dengan memberi saingan kepada pasukan SAMINU FC untuk merebut tangga ke-3 liga.

Setelah perlawanan tamat pasukan Bravo akhirnya mampu mencuri satu mata setelah perlawanan hanya mampu seri tanpa jaringan sehingga tamat masa perlawanan. Pasukan FASTER mampu mengawal permainan dan hanya nasib dan tiada penyudah yang baik mampu dihasilkan untuk mencuri mata berharga dalam perlawanan tersebut.

Pihak pengurusan kelab mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua pemain atas semangat dan disiplin ditunjukkan sepanjang Liga Perdana dilangsungkan.Selain itu, pihak pengurusan juga bercadang untuk mendapatkan seorang pemain penyerang untuk menggantikan pemain yang akan digugurkan dari pasukan atas masalah disiplin dan komitmen dalam berpasukan.Sekiranya ada pemain yang berminat untuk menyarung jersi FASTER untuk Piala Datuk Naib Canselor (PDNC) sila berhubung dengan pengurus pasukan (Dr Samsur Mohamad). Kehadiran anda amat dialu-alukan oleh pihak pengurusan kelab.

Selain itu pihak pengurusan juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih pada kelab penyokong dan jurufoto atas sumbangan diberikan. Pihak pengurusan juga mengucapkan tahniah dan terima kasih pada saudara Azaharie yang akan memulakan tugas barunya di Jabatan Perangkaan dan diharapkan terus cemerlang dan berjaya dalam bidang yang diceburi.

Akhir sekali, kekalahan hari ini bukan bermaksud kekalahan selamanya. Nantikan kebangkitan FASTER FC pada PDNC….

VIVA FASTER, makes dream comes true

Sekian, terima kasih.
Nurul Azwan
Setiausaha Kelab Faster FC.

Read More...

Faster FC vs Bravo FC

Barisan pertahanan yang diketuai, Raymond "The Conqueror", Ziman "Ironman", Boy "Kuda Liar" dan Hasri "Keta Tank"
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Berikut adalah laporan perlawanan antara Faster FC vs Bravo FC.
24 Julai 2007, pukul 5 petang, bertempat di Padang Kompleks Sukan Unimas, pertembungan terakhir buat kedua-dua pasukan dalam saingan Liga Perdana Unimas musim pertama. Perlawanan ini berkesudahan dengan seri 0 - 0. Bermain dalam keadaan padang yang becak selepas hujan, memang agak memeritkan bagi kedua-dua pasukan dalam mencari gol.

Sejak dari mula wisel permainan dibunyikan, pemain-pemain Faster FC telah membuat seraqngan demi serangan yang berbahaya di kubu pertahanan pihak Bravo FC. Namun, dalam keadaan padang becak memang menyukarkan pergerakan pemain Faster FC yang memang dikenali dengan kepantasan larian untuk menjaringkan gol. Beberapa peluang disia-siakan. Mungkin disebabkan tekanan untuk mempertahankan kedudukan tempat ke 3 dalam liga, membuatkan

Mengetahui akan kesungguhan pemain Faster FC dalam mencari gol, di separuh masa kedua, pengurus Bravo FC sendiri bertindak sebagai Penjaga Gol bagi menggantikan penjaga gol asal. Nyata, tindakan mereka tidak sia-sia dalam menangkis segala asakan pemain Faster FC yang diketuai oleh Ramlie dan Rasli Bujang. Pada pertengahan babak kedua, tindakan pengadil tidak memberi sepakan penalti kepada Faster FC begitu memeranjatkan dan mengecewakan. Bola yang begitu jelas terkena tangan pemain pertahanan Bravo FC dalam kotak penalti tidak diendahkan oleh pengadil. Dengan seri kepada Bravo FC ini, maka berakhirlah sudah saingan Faster FC dalam liga perdana Unimas. Kedudukan dalam liga masih belum diketahui hinggalah kesemua kelab yang bertanding menghabiskan baki 1 perlawanan pada hari Khamis ini.
Buat pemain Faster FC, tingkatkan lagi permainan kita. PAR Utd kembali mencabar untuk Piala Dato Naib Canselor..... Make a dreams Comes true.

Read More...

Monday, July 23, 2007

Perlawanan Tumpuan : Faster FC vs Bravo FC


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
24 Julai ini, merupakan perlawanan terakhir Pasukan Faster FC dalam Liga Perdana UNIMAS musim pertama. Bertempat di Padang Kompleks Sukan Unimas, pasukan di tangga terbawah liga, Bravo FC akan sedia memberi tentangan sengit.
Pasukan Bravo FC telah menunjukkan peningkatan mendadak dalam perlawanan-perlawanan terakhir mereka. Dalam perlawanan terdahulu, pasukan Bravo FC berjaya mencuri 1 mata dari Rover-X dengan jaringan 2-2.
Manakala bagi pasukan Faster FC, 2 kekalahan berturut-turut kepada pendahulu liga Red Rangers dan Par United, pasti terasa bahangnya. Kini dalam kedudukan ke-4 liga, Faster FC memerlukan jaringan yang banyak sambil mengharapkan pasukan ditangga ketiga Sanminu FC seri keatas Feng Team.

Perlawanan minggu ini juga bakal menyaksikan perebutan tempat Juara Liga, dimana Red Rangers dan Par United akan beraksi buat kali terakhir dalam Liga Perdana UNIMAS musim pertama ini. Red Rangers akan bertemu Medic UTD dan Par Utd pula akan berjumpa Rovers-X. Bagi perebutan tempat ketiga pula, 5 pasukan akan berhempas pulas bagi memastikan tempat tersebut milik mereka. Pasukan-pasukan yang bersaing ialah termasuk Faster FC sendiri, Feng Team, Sanminu FC, Medic Utd dan Rovers-X
Pihak pengurusan Kelab Faster FC, amat berharap. para peminat bolasepak Unimas dan kelab peminat Faster FC, agar turun ke padang bagi menyaksikan perlawanan terakhir musim pertama ini.
Viva Faster FC..... Make a dreams Come True...

Read More...

Thursday, July 19, 2007

Gol Qammil vs Par United


Gol Cantik Jaringan Qammil Muzammil semasa menentang Par United

Video sempat diambil oleh saudara Nazri semasa beliau hampir-hampir nak start motorsikal SS merah yang sedang parking di tepi stadium....

Read More...

Wednesday, July 18, 2007

Faster FC vs Par United

Click HERE for more pics in this match.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

17 Julai 2007, 5 petang.
Bertempat di Mini Stadium Kota Samarahan, Pertembungan menarik dua pasukan, Faster FC dan Par United. Perlawanan disudahi dengan kemenangan berpihak kepada Pasukan Par United dengan jaringan 4 gol berbalas 2.
Saksikan aksi video yang sempat dirakamkan.


Faster Fc bermula dengan baik apabila wisel permainan dibunyikan. Dengan satu serangan kilat, pemain penyerang Faster FC, Qammil Muzammil telah berjaya menghasilkan gol seawal minit ke 2 permainan.
Tersentak dengan gol awal Faster FC, pasukan Par United mula mencongak strategi menyerang yang pantas dari sebelah tepi padang yang ternyata dikuasai oleh pemain mereka. Gol yang mereka cari akhirnya muncul pada minit ke 10, setelah pemain pertahanan Faster FC, menyangka pemain tersebut dalam kedudukan "offside".


Separuh masa pertama diakhiri dengan kedua-dua pasukan terikat 1-1.
Separuh masa kedua, minit ke 40, pasukan PAR United berjaya memperolehi penalti. Keputusan pengadil tersebut mengecewakan para pemain Faster FC, kerana pemain pertahanan Faster FC sebenarnya yang telah dikasari. Peluang tersebut tidak disia-siakan oleh pemain Par United, dan seterusnya berjaya menjaringkan gol kedua.
Setelah reda dengan gol tersebut, pasukan Faster FC, sekali lagi menerusi penyerang Qammil Muzammil, berjaya menghasilkan gol penyamaan yang cantik dari sebelah kiri pihak lawan.
Pada minit ke 55, pasukan Faster FC, kehilangan tonggak pertahanan, Raymond (The Conqueror)kerana mengalami "selauk" dibahagian belakang paha. Ketiadaan Raymond, seterusnya menjejaskan kubu terakhir Faster FC yang seterusnya membolehkan pemain Par United berjaya menghasilkan 2 gol mudah.
Ketiadaan 3 tonggak pertahanan Ziman "Ironman"(digantung perlawanan), Rafi (tiada pelepasan majikan) dan Raymond "The Conqueror" (Cedera),merupakan punca utama kekalahan Faster FC. Begitu juga dibahagian serangan, dimana Rasli (digantung perlawanan)sekadar hanya dapat memerhati dari tepi padang.

Pihak pengurusan Faster FC mengucapkan terima kasih kepada para pemain dan urusetia yang hadir dan juga kepada Cameraman En. Azaharie dan En. Nazri kerana sempat mengambil video dan pics menarik dalam perlawanan ini.

Read More...

Tuesday, July 17, 2007

Perlawanan Tumpuan : Faster FC vs Par United

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Pada 17 Julai ini, bertempat di Mini Stadium Samarahan, pertembungan 2 pasukan yang semakin glamour di arena bolasepak UPL dan Unimas amnya, iaitu pasukan Faster FC vs PAR United.
Pada hari Khamis, 12 Julai lepas, pasukan Faster FC telah mengalami kekalahan pertama dalam liga UPL. Kekalahan ini menyebabkan para pemain Faster FC sudah tidak sabar-sabar menantikan perlawanan seterusnya. Lawan yang bakal ditemui pula, bukan calang-calang pasukan. Dengan rekod 4 kemenangan dan hanya 1 kalah, juga kepada Red Rangers.... PAR United telah membuktikan bahawa mereka adalah lawan yang patut digeruni.
Faster FC kehilangan beberapa pemain bagi menghadapi perlawanan ini, seperti Ziman (digantung 1 perlawanan), Rasli (digantung 1 perlawanan) dan Jalani (outstation), sudah pastinya merencatkan sedikit perencanaan awal pasukan. Namun atas dasar fighting spirit yang sentiasa datang pada waktu perlawanan, sudah pasti akan merubah segalanya.
Buat para peminat bolasepak UNIMAS... ayuhlah kita ke Mini Stadium. Anda bakal menyaksikan perlawanan terhebat liga UPL ini.... Viva Faster FC.

Read More...

Monday, July 16, 2007

Faster FC di UPL, Ulasan Minggu ke 5

Tahniah Faster FC,
Berikut adalah ulasan Pengerusi UPL, En. Zulkarnaen Ali dalam ulasan Liga Perdana Unimas -Ulasan Sehingga Minggu ke-5 (Part 1).

Pasukan paling menyerlah dalam UPL ialah Pasukan Faster FC. Dari sebuah pasukan yang tidak dikenali dan tidak diberikan sebarang harapan untuk memberikan tentangan, Faster FC telah membuktikan mereka boleh menjadi pesaing utama walaupun ini merupakan kali pertama beraksi di dalam liga ataupun mana-mana kejohanan anjuran UFC. Diuruskan oleh Shamsur Mohamad, dan dibantu oleh barisan pengurusan yang sistematik, Faster FC berupaya untuk melonjakkan diri bersama-sama pasukan yang sedia ada malah berjaya meletakkan mereka di kedudukan ketiga liga. Dengan taktik permainan keras dan bersemangat melawan yang tinggi, Faster FC menggerunkan pihak lawan dengan taktik bertahan dan serangan pantas. Pemerhati bolasepak merasakan pasukan ini boleh pergi jauh pada masa hadapan sekiranya meneruskan agenda sedia ada dan sokongan dari semua pihak terutama dari Fakulti Sains dan Teknologi Sumber.

Pengerusi UPL

Zulkarnaen Ali

Click Here for more info about this article

Read More...

Ulasan Pengurus Match 5

Under Construction.....

Read More...

Faster FC vs Red Rangers

Click HERE for more pics in this match.

12 Julai 2007, 5pm :
Perlawanan berkesudahan dengan Faster FC 0-5 Red Rangers.
Bertempat di Padang Kompleks Sukan UNIMAS, pertembungan 2 pasukan yang belum pernah kalah setakat 4 perlawanan dalam liga UPL, iaitu Pasukan Faster FC dan Pasukan Red Rangers. Kedua-dua pasukan menampilkan pemain-pemain terbaik mereka bagi meleburkan rekod bersih pihak lawan masing-masing.

Perlawanan antara Faster Fc dan Red Rangers ini, diakhiri dengan kemenangan besar kepada pasukan Red Rangers terhadap pasukan Faster FC dengan jaringan 5 gol tanpa balas. Kehebatan pasukan Red Rangers memang tidak dapat disangkal lagi dengan menguasai hampir seluruh masa permainan dan sentiasa melakukan serangan berbahaya di kubu Faster FC. Walaupun pasukan Faster FC juga sedaya upaya melancarkan serangan secara counter attack, namun ianya dapat dipatahkan dengan mudah oleh barisan pertahanan pasukan Red Rangers.

Kekuatan yang paling ketara, yang terdapat pada pasukan Red Rangers ialah, mereka mempunyai barisan serangan dan midfield yang begitu pantas dan laju untuk membuat serangan dan gerakan-gerakan cantik bagi mengucar-kacirkan barisan pertahanan terbaik Faster FC. Jaringan pasukan Red Rangers adalah dari Pian (min 7,50), Kucai (min16), Jamal Dan (min 30) dan Boy (min 39).
Tidak mustahil rasanya pasukan ini sudah boleh disebut-sebut sebagai Juara UPL musim pertama, jika mengikut lawan yang bakal mereka temui kelak.
Bagi Faster FC, dengan kekalahan pertama ini (0-5), ianya bukanlah bermaksud perjuangan kita akan berakhir. Lihat saja pada pasukan Brazil semasa Copa Amerika 2007 yang lepas. Mereka kalah pada pasukan Mexico dengan 2-0 pada perlawanan pertama, namun bak kata orang tua-tua, sudah terantuk baru tergadah.... mereka mula bangkit, dan seterusnya menjadi Juara.
Ayuh Faster FC... kita mulakan langkah mengencang PAR United pula. Ikut segala strategi yang telah dirancang. Make a dream comes true.....

Read More...

Tuesday, July 10, 2007

Perlawanan Tumpuan : Faster FC vs Red Rangers

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tahniah buat semua pemain Faster FC dan pihak pengurusan atas kejayaan mengekalkan rekod tanpa kalah pasukan setelah mengharungi empat perlawanan sepanjang Liga Perdana Unimas. Seperti sedia maklum, perlawanan 3 Julai 2007 antara FASTER FC dan Rovers X berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada pasukan Faster FC. Keputusan ini seterusnya mengukuhkan kedudukan kelab di tangga ketiga liga dengan mengumpul lapan mata dan hanya bolos satu gol sahaja.

Untuk pengetahuan semua juga, esok Khamis 12 Julai 2007, jam 5 pm, merupakan pertemuan 2 pasukan yang belum pernah kalah dalam saingan UPL setakat ini. Pasukan tersebut, tidak lain dan tidak bukan Faster FC dan lawannya Red Rangers.
Permainan yang akan ditonjolkan esok sudah pastinya menarik, dimana kedua-dua pasukan bakal menghidangkan resipi masing-masing bagi mengatasi antara satu sama lain. Bagi pasukan yang menang, sudah pastinya bakal meninggalkan impak yang besar kepada pasukan itu sendiri.

Walaupun pasukan Red Rangers merupakan sebuah pasukan yang handal, dan sering menghasilkan jumlah gol yang banyak untuk setiap perlawanan, namun diakhir-akhir 2 perlawanan lepas, pasukan ini sudah menunjukkan tahap prestasi yang menurun. Bagi pasukan Faster FC pula, dengan ketiadaan pemain-pemain star kelab, seperti Ziman (Ironman), Hasri (Kereta Tank) dan Dr. Samsur sudah pastinya merencatkan strategi yang diolah bagi menghadapi Red Rangers. Tapi inilah bolasepak.... pelbagai kejutan telah kita temui. Ayuhlah Faster FC. Make a dreams come true.... Kita pasti boleh menang esok...
Harapan agar semua para peminat Faster FC dan para peminat bolasepak UNIMAS dapat turun ke Padang UNIMAS, bagi menyaksikan perlawanan tumpuan minggu ini, Faster FC VS Red Rangers.

Read More...

Penerima Kad Kuning dan Merah

Click Here for Red and Yellow Card UPL.

Senarai Penerima Kad Kuning dan Merah Pasukan Faster FC :

Kad Kuning :
1.) Raymond - 5 Jun 2007 (vs FENG Team)
2.) Rafi Husaini - 26 Jum 2007 (vs Saminu FC)
3.) Rasli Bujang - 26 Jun 2007 (vs Saminu FC)
4.) Rasli Bujang - 12 Julai 2007 (vs Red Rangers)


Kad Merah :
1.) Ziman Bujang - 3 Julai 2007 (vs Rovers X)


Pemain yang digantung perlawanan :
1.) Ziman Bujang - Digantung 2 perlawanan pada 12 /7/07 dan 17/7/07.
2.) Rasli Bujang - Digantung 1 perlawanan 17/7/07.

Read More...

Senarai Penjaring Gol Faster FC

Senarai Penjaring Gol Faster FC, Liga Perdana UNIMAS Musim Pertama.

1.) Qammil Muzammi - 2 gol (vs PAR Utd.)

2.) Dr. Samsur Mohamad - 1 gol (vs FENG Team)

3.) Rasli Bujang - 1 gol (vs Feng Team)

4.) Azis Ajim - 1 gol (vs Feng Team)

5.) Fadillah Fardos - 1 Gol (vs Medic UTD)

6.) Muhammad Ramlie - 1 gol (vs Rovers X)


Senarai Penjaring Gol Faster FC di Kejohanan PDNC.

1.) Raymond - 1 Gol (vs Par UTD)

2.) Azis Ajim - 1 Gol (vs Par UTD)

3.) Rasli Bujang - 1 Gol (vs Par UTD)

4.) Ramlie - 1 Gol ( vs Par UTD)

Read More...

Thursday, July 5, 2007

Ulasan Pengurus (Faster FC vs Rovers X)

Assalamualaikum & Salam Sejahtera Buat Semua Peminat UPL.

Syabas dan tahniah buat semua pemain FASTER FC atas kejayaan menewaskan ROVERS X pada perlawanan ke-4 liga di Stadium Mini Samarahan, baru-baru ini. Seperti yang dijangkakan pasukan kami turun dengan lebih bersemangat dan tentang hebat dari pihak lawan menyemarakan lagi rentak "laju" pasukan kami.

Kemenangan 1-0 atas jaring saudara Muhammad Ramlie Hassan Shaari, pada awal permainan separuh masa kedua memberikan kelegaan kepada pasukan kami dengan melengkapkan prestasi terbaik pasukan setakat ini. Jaringan cantik ini bermula dengan larian solo dari sebelah kiri tengah padang pihak lawan dan "skill" mengelecek pertahanan Rovers X diakhiri dengan kuisan yang menarik menewaskan penjaga gol. Jaringan ini merupakan gol sulung suadara Ramlie dalam liga UPL. Beliau yang sedikit terganggu dengan persoalan peribadi nampak bersemangat untuk diturunkan dalam kesebelasan utama, serta kekecewaan dalam perlawanan sebelum ini. Semangat juang tinggi beliau menyakinkan pihak pengurusan dan "man of the match" kami ini tidak mensia-siakan peluang yang ada. Syabas Ramlie.

Secara keseluruhan, perlawanan ini menampakan persaingan yang hebat kedua-dua pasukan dengan strategi berhati-hati dan permainan yang lebih kepada fizikal "fitness" dalam cuaca yang panas. Benteng pertahanan FASTER FC harus diberikan pujian dengan mengekang asakan pasukan lawan; Boy, Raymond, Hafiz dan Ziman antara barisan pertahanan yang begitu mantap setakat ini, tidak dilupakan penjaga gawang kami, saudara JJ yang setakat ini hanya bolos SATU gol sahaja. Satu pencapaian yang hebat jika dibandingkan dengan pasukan lain dalam liga.
Namun, sedikit teguran dari pihak pengurusan FASTER FC terhadap mutu pengadilan, yang tidak dapat mengawal perlawanan dengan baik. Insiden di akhir perlawanan dengan beberapa terjahan keras yang tidak dibendung oleh pengadil menyebabkan "kad merah" dilayangkan kepada saudara Ziman. Kami merasakan jika pihak pengadil dapat mengawal situasi ini dari awal dengan mengenakan tindakan diatas kekasaran yang dilakukan kami yakin insiden ini tidak akan berlaku. Kami akui terdapat kekasaran yang dilakukan oleh pihak kami, namun jika tindakan awal dari pengadil diambil kira, saya yakin ianya akan menjadi satu perlawanan yang penuh dengan "semangat kesukanan". Kami akur dengan pengantungan terhadap pemain terbaik kami saudara Ziman, namun pihak pengurusan FASTER FC mengharapkan Penganjur Kejohanan dapat mengambil ikhtibar daripada insiden ini, bagi memastikan impian menjadikan liga ini lebih berprestij dan terbaik pernah dianjurkan.Pihak kami berharap pihak pengajur dapat melakukan tindakan yang drastik dalam menangani isu ini bagi kebaikan LIGA UPL.

Pihak pengurusan FASTER FC mengucapkan terima kasih kepada pihak urusetia FASTER FC yang sentiasa bersama kami dalam setiap perlawanan, "make dream come true", semoga kita sama-sama berjaya meletakkan pasukan pasukan FASTER FC sebagai pasukan elit di persada liga. VIVA FASTER FC.

GEGAR FASTER FC.

Dr Samsur Mohamad
Manager FASTER FC

Read More...

Tuesday, July 3, 2007

Faster FC vs Rovers X

Click Sinilah for more pics in this match.

3 Julai 2007, 5pm :
Bertempat di Padang Mini Stadium Samarahan, pertembungan 2 pasukan yang mempunyai kekuatan yang seimbang iaitu Pasukan Faster FC dan Pasukan Rovers X.
Perlawanan diakhiri dengan kemenangan berpihak pada pasukan Faster FC dengan jaringan 1-0. Gol kemenangan Faster FC telah dijaringkan oleh Muhammad Ramlie berjersi no. 78 pada minit ke 40 perlawanan. Dengan kemenangan ini, pasukan Faster FC telah berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah kepada 4 perlawanan, disamping hanya bolos 1 gol.
Perlawanan antara Faster FC dan Rovers X menyaksikan banyak aksi-aksi permainan yang cantik dan juga tidak kurangnya aksi-aksi kontroversi.

Separuh masa pertama, kedua-dua pasukan mengamalkan permainan selamat dengan bola lebih banyak di tengah padang. Ditambah dengan corak permainan dan strategi pasukan Rovers X yang hampir sama, menambahkan lagi kesukaran pemain Faster FC untuk menjaringkan gol.

Separuh masa kedua. Tidak sampai 5 minit wisel permainan dibunyikan, muncul wira Faster FC, Muhammad Ramlie (78), menggelecek bola dari sebelah kanan pihak lawan menewaskan 3 pemain pertahanan dan menguis bola masuk ke gawang Rovers x menewaskan penjaga gol mereka bagi menghasilkan gol pembakar semangat pasukan.
Selepas gol pertama Faster FC ini, bermulalah drama aksi keras di tengah padang yang dapat diperhatikan dengan jelas oleh para penonton. Pemain pertahanan Faster FC, Ziman, dilayangkan kad merah di minit-minit akhir perlawanan yang sepatutnya kad itu juga mesti diberi kepada pemain pihak lawan yang terlibat.
Peluang keemasan pemain Rovers X untuk menjaringkan gol pada minit ke 56 telah berjaya dipatahkan oleh pemain pertahanan Hasri (Kereta Tank), yang berjaya menanduk keluar bola di garisan gol, hasil rembatan penyerang mereka. Ini merupakan satu-satunya percubaan tepat pemain Rovers X ke arah gawang Faster FC.

Gambar atas, Muhammad Ramlie, penjaring gol emas Faster FC. Tahniah juga diucapkan kepada barisan pertahanan Faster FC yang begitu cemerlang untuk 4 perlawanan yang diharungi, Boy (Kuda Liar), Hasri (Kereta Tank), Ziman (Iron Man), Raymond (Conqueror) dan penjaga gol JJ sebagai benteng terakhir.
Tahniah juga diucapkan kepada semua pemain Faster FC yang bermain cemerlang semalam. Semoga rekod baik ini dapat dikekalkan hingga habis musim.
Pihak Kelab Faster FC, mengucapkan terima kasih buat semua Urusetia Kelab yang bersungguh-sungguh membantu mengurus Kelab ini dari segi logistik mahupun foto kelab. Viva Faster FC.

Mus.

Read More...

Friday, June 29, 2007

Copa America 1st Stage

Copa America 2007, Venezuela. First Stage Result.


Brasil 0 - 2 Mexico Video

Uruguay 0 - 3 Peru
Venezueala 2 - 2 Bolivia
Ecuador 2 - 3 Chile
Paraguay 5 - 0 Colombia
Argentina 4 - 1 America
Brazil 0 - 2 Mexico

What was the most surprising result of the first round?

Read More...

Thursday, June 28, 2007

Ulasan Pengurus Match 3

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera ,

Tahniah buat semua pemain Faster FC atas kejayaan mengekalkan rekod tanpa kalah pasukan setelah mengharungi tiga perlawanan sepanjang Liga Perdana Unimas. Seperti sedia maklum, perlawanan 26 Jun 2007 antara FASTER FC dan SAMINU FC berkesudahan dengan seri tanpa jaringan.Keputusan ini mengukuhkan kedudukan kelab di tangga ketiga liga dengan mengumpul lima mata dan hanya bolos satu sahaja.

Statistik perlawanan menunjukkan Saminu FC banyak mengawal bola dan hanya beberapa kali menembusi benteng FASTER FC tetapi tidak mampu menebusi benteng terakhir pasukan lawan.Manakala FASTER FC sepatutnya mampu mengukir kemenangan setelah hampir empat peluang keemasan dipersia-siakan oleh pemain penyerang FASTER FC .Semoga kesilapan ini manjadi pengajaran dan memastikan ia tidak akan berulang sambil menjadi bekalan untuk memantapkan lagi mutu dan skill permainan masing-masing.

Dengan rekod tanpa kalah ini FASTER FC akan menempuh satu lagi perlawanan dengan menentang ROVER X pada 3 Julai 2007 dan diharapkan kata-kata azimat pengurus FASTER FC “team work” dan “fighting spirit” menjadi bekalan untuk kejayaan untuk pada perlawanan yang mendatang.

Sekali lagi ucapan tahniah dan syabas buat semua pemain FASTER FC,ucapan terima kasih juga pada pihak urusetia kelab atas sumbangan menyediakan minuman dan photo perlawanan. Diharap kerjasama seperti ini menjadi nadi kepada kelab untuk merialisasikan misi kelab “ make a dream comes true….”

Sekian,terima kasih.


bp Pengurus FASTER FC
_________________________________
NURUL AZWAN B JAMAL SHUKURI
Setiausaha FASTER FC

Read More...

Faster FC Vs Saminu FC

Click Sinilah for more pics in this match

26 Jun 2007, 5 PM:
Bertempat di Padang UNIMAS, Pasukan Faster FC telah turun ke padang untuk melengkapkan perlawanan ke 3 Liga Perdana UNIMAS. Pasukan yang menjadi lawan pada kali ini merupakan sebuah pasukan yang memang bukan calang-calang tahap permainan mereka. Pasukan yang dimaksudkan ialah Pasukan Saminu FC.

Dalam perlawanan ini, kedua-dua pasukan menunjukkan tahap permainan yang cemerlang, dimana kedua-duanya saling serang menyerang. Walaupun pasukan Saminu FC, nampak lebih mengawal bola, namun pasukan mereka hanya beberapa kali sahaja dapat menembusi benteng terakhir pasukan Faster FC. Sebaliknya, pasukan Faster FC yang sepatutnya dapat melakar kemenangan bergaya telah banyak mensesia-siakan peluang. 4 kali pertemuan 1 dengan 1 antara penyerang Faster FC dan penjaga gol Saminu FC, dipersia-siakan.
Sekiranya penyerang Faster FC bijak mengambil peluang, 3 mata sudah pasti dalam genggaman.

Perlawanan antara Faster FC dan Saminu FC ini berkesudahan dengan seri 0-0. Kedua-dua pasukan membawa pulang 1 mata.
Dengan peluang mengutip mata penuh dalam kedua-dua perlawanan disia-siakan pemain Faster FC.... adakah perlawanan seterusnya bakal mengubah persepsi ramai yang pasukan Faster FC hanya mampu seri untuk setiap perlawanan...
Tungguuuuu...... Rovers X bakal menjadi jawapannya....

Read More...

Thursday, June 14, 2007

Ramlie... keciwa..

Ramlie kecewa.... sepakan penalti di awal permainan sedikit melepasi palang. Sekiranya masuk... sudah pasti akan memberi momentum yang baik di awal masa permainan buat pasukan mengutip 3 mata. Buat Ramlie.... Next game.. kita cuba lagi.

Read More...

Ulasan Pengurus Faster FC Match 2

Dr. Samsur Mohamad


Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Terima kasih dan tahniah buat pasukan Medic Utd (MU) diatas perlawanan yang menarik dan mempamerkan semangat juang yang tinggi kedua-dua pasukan. Pujian yang tinggi harus diberikan kepada pasukan MU dengan semangat kesukanan yang tinggi walaupun hanya dapat menurunkan 9 orang pemain bagi meneruskan cabaran liga UPL petang semalam. Saya juga ingin merakamkan sekalung tahinah buat anak buah saya yang menunjukan semangat juang yang tinggi walaupun ketinggalan 1-0, bagai satu drama dalam EPL sebuah pasukan yang mempunyai kelebihan ketinggalan dari permulaan pemainan namun para pemain FASTER FC tetap ingin menang dan menjaringkan gol dan AKHIRnya membuahkan hasil disaat-saat akhir perlawanan. MU bermati-matian mempertahankan gawang gol mereka dan saya rasa "anchorman" dibahagian belakang iaitu saudara Ismandy harus diberikan pujian sebagai "man of the match".


Kami akui diawal wisel permulaan, pemain FASTER FC terlalu "overconfident" dengan kekurangan pemain MU, dan kelonggaran dibahagian tengah dan pertahanan "memakan diri sendiri". Jika dilihat pada statistik perlawanan kami melakukan lebih dari pada 10 percubaan kearah gawang gol MU, dan penalti yang perolehi disia-siakan oleh pasukan kami. Separuh masa kedua, corak dan percaturan pasukan telah berubah dimana Mu lebih banyak bertahan dan dapat dilihat keseluruhan perlawanan hanya berkampung di kawasan MU. Kami dapat merasakan kesukaran untuk menembusi gawangan MU, akhirnya "golden player" FASTER FC saudara Fadilah telah mengembalikan semangat pasukan dengan gol yang menarik diakhir perlawanan. VIVA FASTER FC. Perlawanan ini memberikan satu titik pengajaran kepada pasukan kami "team work" dan "fighting spirit" adalah KUNCI kepada kejayaan.
Dengan berbekal semangat ini kami YAKIN , FASTER FC pasti mengegar UPL tahun ini. AWAS pasukan seterusnya.

Pihak pengurusan ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak AJK FASTER FC, saudara Zulkifli Ahmad, Azaharie Suria, Nazri Latib dan Norzaiheme atas sumbangan bermakna yang diberikan untuk perlawanan semalam. THANKS.

Read More...

Faster FC Vs Medic UTD

Click SINILAH for more pics in this match.


Keputusan Perlawanan, seperti yang tertera di scoreboard.....

Hari Khamis, 14 Jun 2007, Pasukan Faster FC telah turun ke padang untuk perlawanan ke 2 liga UPL . Perlawanan yang satu lagi antara Rovers X vs Feng Team juga telah diadakan pada masa yang sama di Padang UNIMAS.

Pemain Faster FC turun padang dengan 15 orang pemain, manakala pemain Medic United hanya turun dengan 9 pemain. Atas dasar semangat kesukanan, permainan diteruskan juga pada masa yang ditetapkan.
Lebihan 2 pemain pada Faster FC di padang bukanlah satu kelebihan kepada team ini kerana tiada penyudahan yang baik. Faster FC menguasai kesemua tempoh masa, padang dan bola dalam perlawanan ini. Namun , dengan hanya satu peluang yang didapati oleh Medic United, sudah cukup bagi mereka untuk menjaringkan satu gol cantik.
Di awal sebelum wisel permainan dibunyikan, seperti kata Pengurus Pasukan Dr. Samsur Mohamad, keyakinan dan "overconfident" pemain Faster FC telah memakan diri sendiri. Penguasaan permainan yang dilakukan oleh pemain Faster FC amat ketara dalam perlawanan ini dengan lebih 10 kali percubaan ke gawang gol dapat diselamatkan oleh penjaga gol dan melepasi palang, di samping hadiah sepakan penalti di minit awal disia-siakan.
Seperti yang dapat dilihat pada minit akhir perlawanan semalam, dengan para pemain dan penyokong Medic United sudah berkira-kira untuk membawa pulang 3 mata, muncul satu nama baru dalam kancah bolasepak UNIMAS, Mohd Fadillah dengan ledakan sepakan bolanya menuju ke gawang Medic United, bagi mencuri 1 mata.
Situasi menarik Perlawanan :
1. Sepakan penalti Faster FC di sia-siakan di minit ke 10, Muhd Ramlie.
2. Sepakan percuma pemain Medic United terkena palang sebelum Fadillah menguis keluar.
3. Serangan mengejut Medic United menghasilkan satu gol cantik.
4. Sepakan gunting penyerang Faster FC, Rasli Bujang tidak mengena di akhir perlawanan, dan jika gol, ianya bakal menjadi antara gol tercantik liga.
5. 9 pemain Faster FC berkampung di kawasan gol Medic United disepanjang babak akhir perlawanan, dimana hanya tinggal Boy dan JJ(penjaga gol) menjaga kubu Faster FC.
6. Seminit selepas Fadillah menjaringkan gol, wisel penamat dibunyikan.
" Man Of The Match" - Ismandy Kria (Medic United), kerana berjaya mengekang asakan Pemain Faster FC.
"Man of The Match FasterFC" - Mohd Fadillah
Thanks to En. Azaharie Suria for all pics. Nice pics gengs.... Webmaster

Read More...

Wednesday, June 13, 2007

Review Faster FC vs Medic United

14 Jun 2007 : Perlawanan tumpuan UPL petang ini, sudah pastinya antara Pasukan Faster FC menentang Medic United. Yang pastinya, perlawanan ini bakal menyaksikan beberapa aksi menarik dari kedua-dua pasukan.
Dengan kedua-dua pasukan kehilangan beberapa tonggak utama, namun ianya tidak akan menghalang kedua-dua pasukan untuk mengerah kudrat bagi mengatasi antara satu sama lain. Bagi peminat kedua-dua pasukan, saksikanlah perlawanan Faster FC vs Medic Utd yang akan berlangsung petang ini pada pukul 5 petang di Mini Stadium Samarahan. Peminat UPL yang lain juga amat dialu-alukan...

Read More...

Image Hosted by ImageShack.us