Info Terkini

Best View: Best viewed by IE Faster FC melangkah ke Separuh Akhir PDNC selepas menang bergaya 4-0 ke atas Par United Kelab Faster FC mencari Seorang Striker dan Midfielder untuk Window Transfer. Sila Hubungi Faster FC Club for more info.

Monday, July 16, 2007

Faster FC vs Red Rangers

Click HERE for more pics in this match.

12 Julai 2007, 5pm :
Perlawanan berkesudahan dengan Faster FC 0-5 Red Rangers.
Bertempat di Padang Kompleks Sukan UNIMAS, pertembungan 2 pasukan yang belum pernah kalah setakat 4 perlawanan dalam liga UPL, iaitu Pasukan Faster FC dan Pasukan Red Rangers. Kedua-dua pasukan menampilkan pemain-pemain terbaik mereka bagi meleburkan rekod bersih pihak lawan masing-masing.

Perlawanan antara Faster Fc dan Red Rangers ini, diakhiri dengan kemenangan besar kepada pasukan Red Rangers terhadap pasukan Faster FC dengan jaringan 5 gol tanpa balas. Kehebatan pasukan Red Rangers memang tidak dapat disangkal lagi dengan menguasai hampir seluruh masa permainan dan sentiasa melakukan serangan berbahaya di kubu Faster FC. Walaupun pasukan Faster FC juga sedaya upaya melancarkan serangan secara counter attack, namun ianya dapat dipatahkan dengan mudah oleh barisan pertahanan pasukan Red Rangers.

Kekuatan yang paling ketara, yang terdapat pada pasukan Red Rangers ialah, mereka mempunyai barisan serangan dan midfield yang begitu pantas dan laju untuk membuat serangan dan gerakan-gerakan cantik bagi mengucar-kacirkan barisan pertahanan terbaik Faster FC. Jaringan pasukan Red Rangers adalah dari Pian (min 7,50), Kucai (min16), Jamal Dan (min 30) dan Boy (min 39).
Tidak mustahil rasanya pasukan ini sudah boleh disebut-sebut sebagai Juara UPL musim pertama, jika mengikut lawan yang bakal mereka temui kelak.
Bagi Faster FC, dengan kekalahan pertama ini (0-5), ianya bukanlah bermaksud perjuangan kita akan berakhir. Lihat saja pada pasukan Brazil semasa Copa Amerika 2007 yang lepas. Mereka kalah pada pasukan Mexico dengan 2-0 pada perlawanan pertama, namun bak kata orang tua-tua, sudah terantuk baru tergadah.... mereka mula bangkit, dan seterusnya menjadi Juara.
Ayuh Faster FC... kita mulakan langkah mengencang PAR United pula. Ikut segala strategi yang telah dirancang. Make a dream comes true.....

No comments:

Image Hosted by ImageShack.us