Info Terkini

Best View: Best viewed by IE Faster FC melangkah ke Separuh Akhir PDNC selepas menang bergaya 4-0 ke atas Par United Kelab Faster FC mencari Seorang Striker dan Midfielder untuk Window Transfer. Sila Hubungi Faster FC Club for more info.

Tuesday, July 3, 2007

Faster FC vs Rovers X

Click Sinilah for more pics in this match.

3 Julai 2007, 5pm :
Bertempat di Padang Mini Stadium Samarahan, pertembungan 2 pasukan yang mempunyai kekuatan yang seimbang iaitu Pasukan Faster FC dan Pasukan Rovers X.
Perlawanan diakhiri dengan kemenangan berpihak pada pasukan Faster FC dengan jaringan 1-0. Gol kemenangan Faster FC telah dijaringkan oleh Muhammad Ramlie berjersi no. 78 pada minit ke 40 perlawanan. Dengan kemenangan ini, pasukan Faster FC telah berjaya mengekalkan rekod tanpa kalah kepada 4 perlawanan, disamping hanya bolos 1 gol.
Perlawanan antara Faster FC dan Rovers X menyaksikan banyak aksi-aksi permainan yang cantik dan juga tidak kurangnya aksi-aksi kontroversi.

Separuh masa pertama, kedua-dua pasukan mengamalkan permainan selamat dengan bola lebih banyak di tengah padang. Ditambah dengan corak permainan dan strategi pasukan Rovers X yang hampir sama, menambahkan lagi kesukaran pemain Faster FC untuk menjaringkan gol.

Separuh masa kedua. Tidak sampai 5 minit wisel permainan dibunyikan, muncul wira Faster FC, Muhammad Ramlie (78), menggelecek bola dari sebelah kanan pihak lawan menewaskan 3 pemain pertahanan dan menguis bola masuk ke gawang Rovers x menewaskan penjaga gol mereka bagi menghasilkan gol pembakar semangat pasukan.
Selepas gol pertama Faster FC ini, bermulalah drama aksi keras di tengah padang yang dapat diperhatikan dengan jelas oleh para penonton. Pemain pertahanan Faster FC, Ziman, dilayangkan kad merah di minit-minit akhir perlawanan yang sepatutnya kad itu juga mesti diberi kepada pemain pihak lawan yang terlibat.
Peluang keemasan pemain Rovers X untuk menjaringkan gol pada minit ke 56 telah berjaya dipatahkan oleh pemain pertahanan Hasri (Kereta Tank), yang berjaya menanduk keluar bola di garisan gol, hasil rembatan penyerang mereka. Ini merupakan satu-satunya percubaan tepat pemain Rovers X ke arah gawang Faster FC.

Gambar atas, Muhammad Ramlie, penjaring gol emas Faster FC. Tahniah juga diucapkan kepada barisan pertahanan Faster FC yang begitu cemerlang untuk 4 perlawanan yang diharungi, Boy (Kuda Liar), Hasri (Kereta Tank), Ziman (Iron Man), Raymond (Conqueror) dan penjaga gol JJ sebagai benteng terakhir.
Tahniah juga diucapkan kepada semua pemain Faster FC yang bermain cemerlang semalam. Semoga rekod baik ini dapat dikekalkan hingga habis musim.
Pihak Kelab Faster FC, mengucapkan terima kasih buat semua Urusetia Kelab yang bersungguh-sungguh membantu mengurus Kelab ini dari segi logistik mahupun foto kelab. Viva Faster FC.

Mus.

No comments:

Image Hosted by ImageShack.us