Info Terkini

Best View: Best viewed by IE Faster FC melangkah ke Separuh Akhir PDNC selepas menang bergaya 4-0 ke atas Par United Kelab Faster FC mencari Seorang Striker dan Midfielder untuk Window Transfer. Sila Hubungi Faster FC Club for more info.

Monday, July 23, 2007

Perlawanan Tumpuan : Faster FC vs Bravo FC


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
24 Julai ini, merupakan perlawanan terakhir Pasukan Faster FC dalam Liga Perdana UNIMAS musim pertama. Bertempat di Padang Kompleks Sukan Unimas, pasukan di tangga terbawah liga, Bravo FC akan sedia memberi tentangan sengit.
Pasukan Bravo FC telah menunjukkan peningkatan mendadak dalam perlawanan-perlawanan terakhir mereka. Dalam perlawanan terdahulu, pasukan Bravo FC berjaya mencuri 1 mata dari Rover-X dengan jaringan 2-2.
Manakala bagi pasukan Faster FC, 2 kekalahan berturut-turut kepada pendahulu liga Red Rangers dan Par United, pasti terasa bahangnya. Kini dalam kedudukan ke-4 liga, Faster FC memerlukan jaringan yang banyak sambil mengharapkan pasukan ditangga ketiga Sanminu FC seri keatas Feng Team.

Perlawanan minggu ini juga bakal menyaksikan perebutan tempat Juara Liga, dimana Red Rangers dan Par United akan beraksi buat kali terakhir dalam Liga Perdana UNIMAS musim pertama ini. Red Rangers akan bertemu Medic UTD dan Par Utd pula akan berjumpa Rovers-X. Bagi perebutan tempat ketiga pula, 5 pasukan akan berhempas pulas bagi memastikan tempat tersebut milik mereka. Pasukan-pasukan yang bersaing ialah termasuk Faster FC sendiri, Feng Team, Sanminu FC, Medic Utd dan Rovers-X
Pihak pengurusan Kelab Faster FC, amat berharap. para peminat bolasepak Unimas dan kelab peminat Faster FC, agar turun ke padang bagi menyaksikan perlawanan terakhir musim pertama ini.
Viva Faster FC..... Make a dreams Come True...

No comments:

Image Hosted by ImageShack.us