Info Terkini

Best View: Best viewed by IE Faster FC melangkah ke Separuh Akhir PDNC selepas menang bergaya 4-0 ke atas Par United Kelab Faster FC mencari Seorang Striker dan Midfielder untuk Window Transfer. Sila Hubungi Faster FC Club for more info.

Friday, June 29, 2007

Copa America 1st Stage

Copa America 2007, Venezuela. First Stage Result.


Brasil 0 - 2 Mexico Video

Uruguay 0 - 3 Peru
Venezueala 2 - 2 Bolivia
Ecuador 2 - 3 Chile
Paraguay 5 - 0 Colombia
Argentina 4 - 1 America
Brazil 0 - 2 Mexico

What was the most surprising result of the first round?

Read More...

Thursday, June 28, 2007

Ulasan Pengurus Match 3

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera ,

Tahniah buat semua pemain Faster FC atas kejayaan mengekalkan rekod tanpa kalah pasukan setelah mengharungi tiga perlawanan sepanjang Liga Perdana Unimas. Seperti sedia maklum, perlawanan 26 Jun 2007 antara FASTER FC dan SAMINU FC berkesudahan dengan seri tanpa jaringan.Keputusan ini mengukuhkan kedudukan kelab di tangga ketiga liga dengan mengumpul lima mata dan hanya bolos satu sahaja.

Statistik perlawanan menunjukkan Saminu FC banyak mengawal bola dan hanya beberapa kali menembusi benteng FASTER FC tetapi tidak mampu menebusi benteng terakhir pasukan lawan.Manakala FASTER FC sepatutnya mampu mengukir kemenangan setelah hampir empat peluang keemasan dipersia-siakan oleh pemain penyerang FASTER FC .Semoga kesilapan ini manjadi pengajaran dan memastikan ia tidak akan berulang sambil menjadi bekalan untuk memantapkan lagi mutu dan skill permainan masing-masing.

Dengan rekod tanpa kalah ini FASTER FC akan menempuh satu lagi perlawanan dengan menentang ROVER X pada 3 Julai 2007 dan diharapkan kata-kata azimat pengurus FASTER FC “team work” dan “fighting spirit” menjadi bekalan untuk kejayaan untuk pada perlawanan yang mendatang.

Sekali lagi ucapan tahniah dan syabas buat semua pemain FASTER FC,ucapan terima kasih juga pada pihak urusetia kelab atas sumbangan menyediakan minuman dan photo perlawanan. Diharap kerjasama seperti ini menjadi nadi kepada kelab untuk merialisasikan misi kelab “ make a dream comes true….”

Sekian,terima kasih.


bp Pengurus FASTER FC
_________________________________
NURUL AZWAN B JAMAL SHUKURI
Setiausaha FASTER FC

Read More...

Faster FC Vs Saminu FC

Click Sinilah for more pics in this match

26 Jun 2007, 5 PM:
Bertempat di Padang UNIMAS, Pasukan Faster FC telah turun ke padang untuk melengkapkan perlawanan ke 3 Liga Perdana UNIMAS. Pasukan yang menjadi lawan pada kali ini merupakan sebuah pasukan yang memang bukan calang-calang tahap permainan mereka. Pasukan yang dimaksudkan ialah Pasukan Saminu FC.

Dalam perlawanan ini, kedua-dua pasukan menunjukkan tahap permainan yang cemerlang, dimana kedua-duanya saling serang menyerang. Walaupun pasukan Saminu FC, nampak lebih mengawal bola, namun pasukan mereka hanya beberapa kali sahaja dapat menembusi benteng terakhir pasukan Faster FC. Sebaliknya, pasukan Faster FC yang sepatutnya dapat melakar kemenangan bergaya telah banyak mensesia-siakan peluang. 4 kali pertemuan 1 dengan 1 antara penyerang Faster FC dan penjaga gol Saminu FC, dipersia-siakan.
Sekiranya penyerang Faster FC bijak mengambil peluang, 3 mata sudah pasti dalam genggaman.

Perlawanan antara Faster FC dan Saminu FC ini berkesudahan dengan seri 0-0. Kedua-dua pasukan membawa pulang 1 mata.
Dengan peluang mengutip mata penuh dalam kedua-dua perlawanan disia-siakan pemain Faster FC.... adakah perlawanan seterusnya bakal mengubah persepsi ramai yang pasukan Faster FC hanya mampu seri untuk setiap perlawanan...
Tungguuuuu...... Rovers X bakal menjadi jawapannya....

Read More...

Thursday, June 14, 2007

Ramlie... keciwa..

Ramlie kecewa.... sepakan penalti di awal permainan sedikit melepasi palang. Sekiranya masuk... sudah pasti akan memberi momentum yang baik di awal masa permainan buat pasukan mengutip 3 mata. Buat Ramlie.... Next game.. kita cuba lagi.

Read More...

Ulasan Pengurus Faster FC Match 2

Dr. Samsur Mohamad


Assalamualaikum & Salam Sejahtera,

Terima kasih dan tahniah buat pasukan Medic Utd (MU) diatas perlawanan yang menarik dan mempamerkan semangat juang yang tinggi kedua-dua pasukan. Pujian yang tinggi harus diberikan kepada pasukan MU dengan semangat kesukanan yang tinggi walaupun hanya dapat menurunkan 9 orang pemain bagi meneruskan cabaran liga UPL petang semalam. Saya juga ingin merakamkan sekalung tahinah buat anak buah saya yang menunjukan semangat juang yang tinggi walaupun ketinggalan 1-0, bagai satu drama dalam EPL sebuah pasukan yang mempunyai kelebihan ketinggalan dari permulaan pemainan namun para pemain FASTER FC tetap ingin menang dan menjaringkan gol dan AKHIRnya membuahkan hasil disaat-saat akhir perlawanan. MU bermati-matian mempertahankan gawang gol mereka dan saya rasa "anchorman" dibahagian belakang iaitu saudara Ismandy harus diberikan pujian sebagai "man of the match".


Kami akui diawal wisel permulaan, pemain FASTER FC terlalu "overconfident" dengan kekurangan pemain MU, dan kelonggaran dibahagian tengah dan pertahanan "memakan diri sendiri". Jika dilihat pada statistik perlawanan kami melakukan lebih dari pada 10 percubaan kearah gawang gol MU, dan penalti yang perolehi disia-siakan oleh pasukan kami. Separuh masa kedua, corak dan percaturan pasukan telah berubah dimana Mu lebih banyak bertahan dan dapat dilihat keseluruhan perlawanan hanya berkampung di kawasan MU. Kami dapat merasakan kesukaran untuk menembusi gawangan MU, akhirnya "golden player" FASTER FC saudara Fadilah telah mengembalikan semangat pasukan dengan gol yang menarik diakhir perlawanan. VIVA FASTER FC. Perlawanan ini memberikan satu titik pengajaran kepada pasukan kami "team work" dan "fighting spirit" adalah KUNCI kepada kejayaan.
Dengan berbekal semangat ini kami YAKIN , FASTER FC pasti mengegar UPL tahun ini. AWAS pasukan seterusnya.

Pihak pengurusan ingin merakamkan ucapan terima kasih kepada pihak AJK FASTER FC, saudara Zulkifli Ahmad, Azaharie Suria, Nazri Latib dan Norzaiheme atas sumbangan bermakna yang diberikan untuk perlawanan semalam. THANKS.

Read More...

Faster FC Vs Medic UTD

Click SINILAH for more pics in this match.


Keputusan Perlawanan, seperti yang tertera di scoreboard.....

Hari Khamis, 14 Jun 2007, Pasukan Faster FC telah turun ke padang untuk perlawanan ke 2 liga UPL . Perlawanan yang satu lagi antara Rovers X vs Feng Team juga telah diadakan pada masa yang sama di Padang UNIMAS.

Pemain Faster FC turun padang dengan 15 orang pemain, manakala pemain Medic United hanya turun dengan 9 pemain. Atas dasar semangat kesukanan, permainan diteruskan juga pada masa yang ditetapkan.
Lebihan 2 pemain pada Faster FC di padang bukanlah satu kelebihan kepada team ini kerana tiada penyudahan yang baik. Faster FC menguasai kesemua tempoh masa, padang dan bola dalam perlawanan ini. Namun , dengan hanya satu peluang yang didapati oleh Medic United, sudah cukup bagi mereka untuk menjaringkan satu gol cantik.
Di awal sebelum wisel permainan dibunyikan, seperti kata Pengurus Pasukan Dr. Samsur Mohamad, keyakinan dan "overconfident" pemain Faster FC telah memakan diri sendiri. Penguasaan permainan yang dilakukan oleh pemain Faster FC amat ketara dalam perlawanan ini dengan lebih 10 kali percubaan ke gawang gol dapat diselamatkan oleh penjaga gol dan melepasi palang, di samping hadiah sepakan penalti di minit awal disia-siakan.
Seperti yang dapat dilihat pada minit akhir perlawanan semalam, dengan para pemain dan penyokong Medic United sudah berkira-kira untuk membawa pulang 3 mata, muncul satu nama baru dalam kancah bolasepak UNIMAS, Mohd Fadillah dengan ledakan sepakan bolanya menuju ke gawang Medic United, bagi mencuri 1 mata.
Situasi menarik Perlawanan :
1. Sepakan penalti Faster FC di sia-siakan di minit ke 10, Muhd Ramlie.
2. Sepakan percuma pemain Medic United terkena palang sebelum Fadillah menguis keluar.
3. Serangan mengejut Medic United menghasilkan satu gol cantik.
4. Sepakan gunting penyerang Faster FC, Rasli Bujang tidak mengena di akhir perlawanan, dan jika gol, ianya bakal menjadi antara gol tercantik liga.
5. 9 pemain Faster FC berkampung di kawasan gol Medic United disepanjang babak akhir perlawanan, dimana hanya tinggal Boy dan JJ(penjaga gol) menjaga kubu Faster FC.
6. Seminit selepas Fadillah menjaringkan gol, wisel penamat dibunyikan.
" Man Of The Match" - Ismandy Kria (Medic United), kerana berjaya mengekang asakan Pemain Faster FC.
"Man of The Match FasterFC" - Mohd Fadillah
Thanks to En. Azaharie Suria for all pics. Nice pics gengs.... Webmaster

Read More...

Wednesday, June 13, 2007

Review Faster FC vs Medic United

14 Jun 2007 : Perlawanan tumpuan UPL petang ini, sudah pastinya antara Pasukan Faster FC menentang Medic United. Yang pastinya, perlawanan ini bakal menyaksikan beberapa aksi menarik dari kedua-dua pasukan.
Dengan kedua-dua pasukan kehilangan beberapa tonggak utama, namun ianya tidak akan menghalang kedua-dua pasukan untuk mengerah kudrat bagi mengatasi antara satu sama lain. Bagi peminat kedua-dua pasukan, saksikanlah perlawanan Faster FC vs Medic Utd yang akan berlangsung petang ini pada pukul 5 petang di Mini Stadium Samarahan. Peminat UPL yang lain juga amat dialu-alukan...

Read More...

Tuesday, June 12, 2007

Baju T-Shirt Kelab

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,
Berikut adalah baju yang akan sumbangan daripada kelab kepada urusetia FASTER FC atas sumbangan sepanjang UPL dan Piala Datuk NC 2007 diadakan.

Bagi yang berminat untuk memiliki baju ini bolehlah membuat tempahan pada saudara Mohd Nizam dengan harga RM 18 sehelai, dengan melalui email kepada Mohd Nizam Abd Latif

NURUL AZWAN B JAMAL SHUKURI
Setiausaha Kelab Faster FC
edited by Webmaster

Read More...

Monday, June 11, 2007

MyTeam Musim 2 Kembali


Buat para peminat bolasepak seluruh Malaysia dan warga Unimas amnya,

PROGRAM realiti TV pencarian bakat bola sepak, MyTeam kini kembali lagi bagi musim kedua dengan sedikit pembaharuan serta kemuncak final bertemu pasukan kebangsaan Indonesia di Stadium Nasional, Bukit Jalil, 21 Oktober depan.
Dipanggil ‘MyTeam2’, program itu dimulakan di Ipoh 30 Jun ini dan akan menjelajah 13 gelanggang seluruh negara bagi mencungkil bakat baru di kalangan pemain yang masih bergelar amatur.
Mengekalkan gandingan jurulatih yang sama, Serbegeth Singh atau lebih dikenali sebagai Shebby Singh dan pengendali import dari Croatia, Bojan Hodak, Pengarah Eksekutif dan Pengerusi Maya Team Sdn Bhd, Khairy Jamaluddin berkata, program itu mampu mencungkil bakat baru yang boleh diketengahkan.
“Kami bersetuju untuk meneruskan program ini untuk musim kedua bagi menjalankan pemilihan terbuka dalam memilih bakat-bakat baru. Shebby dan Bojan kekal bersama program ini yang juga satu jenama, satu impian dan kini sebuah pasukan.

Read More

Read More...

Ulasan Pengurus Faster FC Match 1

Berikut adalah ulasan pertama perlawanan dari Pengurus Faster FC, merangkap pemain pasukan Faster FC, En. Samsur Mohamad, berkenaan Perlawanan pertama Faster FC Vs Feng Team :

Ulasan Pengurus Faster FC:

"Tepat jam 5.15 pm tarikh 5 Jun 2007, bermula era baru kejohanan bolasepak di UNIMAS. Perlawanan UPL07 antara Feng Team dan Faster FC yang telah berlangsung di Stadium Mini Samarahan telah merealisasikan impian pengajur bagi mengendalikan sebuah kejohanan bertaraf liga yang sistematik dan cekap. Secara keseluruhan perlawanan ini berjalan dengan lancar dengan corak pemainan "defensive" dari kedua-dua pasukan dari peringkat awal. Bermain dalam padang yang becak dan berair membuatkan pasukan kami lebih berhati-hati disamping bagi mengelakkan kecederaan pemain. Detik masa 32 min, asakan pasukan kami berjaya menjaringkan gol pertama pasukan yang memberikan suntikan semangat para pemain Faster FC. Pihak Feng mula bangkit dari jaringan tersebut dan meningkatkan serangan, walaubagaimana pun wisel penamat separuh masa pertama memberikan kelegaan pasukan kami. Separuh masa kedua, pasukan kami masih mengekalkan corak bertahan dengan serangan secara mengejut, dalam masa yang sama menguatkan lagi benteng pertahanan. Formasi dan strategi yang baik membuahkan hasil dengan 2 jaringan berikutnya yang memberikan kemenangan mutlak keatas pasukan kami.Tahniah kepada pasukan Feng kerana saingan yang hebat dari pasukan anda dan saya yakin meraka akan dapat menebus maruah untuk perlawanan seterusnya. Bagi pasukan Faster FC, kami yakin untuk bersaing dengan lebih "gah" dalam perlawanan yang seterusnya, hasil kemenangan ini memberi bekalan yang bermakna untuk berhadapan dengan pasukan Medic Utd. Teruskan berjuang Faster FC. Tahniah juga buat urusetia kerana dapat mengendalikan perlawanan dengan baik."
Faster FC (3) vs Feng (0) -
Samsur, Azis, Rasli


"Salam buat semua,
Tahniah buat moderator lama web Faster Fc, usaha gigih anda membuahkan hasil yang baik, teruskan perjuangan Faster Fc dan saya berharap ahli Faster Fc dapat turut sama membangunkan laman web kita.

"TAHNIAH BUAT SEMUA & PENGENDALI LAMAN WEB FASTER FC SAUDARA MUSTAFA KAMAL"
Good Job and Tahniah"

Dr. Samsur Mohamad.

Read More...

Wednesday, June 6, 2007

Majlis Pembukaan Liga UPL


Masa: 5.00 Ptg.
Tarikh: 7 Jun 2007
Tempat: Padang UNIMAS (Kampus Lama)
Acara:
1. Majlis Perasmian
2. Perlawanan Pembukaan di antara Saminu FC Vs. Bravo FC.

Majlis Pembukaan Liga akan diadakan pada 7 Jun 2007 bertempat di Padang UNIMAS (Kampus Lama) jam 5.00pm. Ia akan dirasmikan oleh Prof Dr Shazali Abu Mansor yang mewakili Prof Dr Khairuddin Ab. Hamid, Timbalan Naib Canselor (HEP&A). Orang ramai dijemput untuk hadir bagi memeriahkan majlis tersebut.Perlawanan pembukaan adalah diantara Saminu FC lawan Bravo FC.

Click UPL for more info.

Read More...

Tuesday, June 5, 2007

Faster FC Vs Feng Team

Click Here For More Pics in this Match

Hari Selasa, 5 Jun 2007, Pasukan Faster FC telah turun ke padang untuk perlawanan Pembuka Tirai Kejohanan Liga Perdana UNIMAS. Perlawanan pertama yang diadakan sempena kejohanan ini untuk Pasukan Faster FC vs Feng Team, telah diadakan di Padang Mini Stadium, Samarahan dan bermula pada pukul 5 petang. Perlawanan pembuka tirai yang satu lagi antara Rovers X vs Medic United telah diadakan pada masa yang sama di Padang UNIMAS. Untuk Pengetahuan semua, Perasmian Kejohanan Liga Perdana UNIMAS ini akan berlangsung pada 7 Jun 2007, dan akan dirasmikan oleh Pendaftar UNIMAS.


Dalam perlawanan Faster FC vs Feng Team ini, perlawanan tersebut dapat menyaksikan pelbagai aksi-aksi menarik daripada kedua-dua pasukan. Kemenangan berpihak pada pasukan Faster FC dengan jaringan 3 gol tanpa balas. Bermain dalam keadaan becak dan berair tidak menjadi masalah pada pasukan Faster FC untuk mempamerkan permainan yang cantik, sekaligus mendominasi perlawanan pada separuh masa pertama. Pada separuh masa kedua pula, perlawanan semakin seimbang bila, pemain Feng Team mula menunjukkan peningkatan dan kesungguhan mereka.
Gol-gol Pasukan Faster FC , telah dijaringkan oleh Samsur Mohammad(m 32), Azis Ajim (m 50) dan Rasli Bujang (m 65).
Faster FC : Jair Johari, Ziman, Raymond, Hasri, Boy, Azis, Ramlie, Azwan, Mus, Samsur, Nizam, Qammil, Rasli.

Feng Team : Ismail, Rozaini, Zaidi Suhai, Awg. Azmirul, Mahathir Bujang, Edward, Saiful, Abdul Azim, Azaman, Yusmizan, Awg Hafizam, Aidil Azli, Noor Hisyam.

Terima kasih juga di ucapkan kepada En. Zulkifli Ahmad, En. Azaharie, En. Nazri Latib dan En. Norzaiheime kerana turut membantu dari segi minuman dan foto untuk kelab Faster FC.

Read More...

Monday, June 4, 2007

Jersi Pasukan Faster FC

Pada 31 Mei 2007, Ahli Jawatankuasa Pengurusan Kelab Faster FC telah bersetuju untuk menggunakan jersi pasukan yang terbaru. Berikut adalah contoh jersi yang akan digunapakai oleh Pasukan Faster FC pada Kejohanan Liga Perdana Unimas (UPL) dan Piala Datuk Naib Canselor Unimas 2007.


Baju Pemain





Baju Penjaga Gol


Read More...

Image Hosted by ImageShack.us