Info Terkini

Best View: Best viewed by IE Faster FC melangkah ke Separuh Akhir PDNC selepas menang bergaya 4-0 ke atas Par United Kelab Faster FC mencari Seorang Striker dan Midfielder untuk Window Transfer. Sila Hubungi Faster FC Club for more info.

Sunday, August 19, 2007

Red Rangers Juara PDNC 2007


Mengekalkan reputasi pasukan terkuat dan belum terkalah!!! Red Rangers membuktikan bahawa merekalah pasukan terkuat tahun ini dalam liga bolasepak Unimas.
Red Rangers menewaskan Saminu FC 2-1 hasil jaringan Jemain dan Suhaili. Jaringan Saminu FC pula datangnya dari Drahman Abun.

Syabas buat pasukan Red Rangers. Tahniah dan ribuan terima kasih juga diucapkan kepada semua pihak yang terlibat mahupun pihak urusetia UPL/PDNC kerana berjaya membawa arus baru kancah bolasepak UNIMAS. Dengan misi menampilkan pemain-pemain baru dalam corak mewakili kelab dan bukannya Fakulti atau bahagian masing-masing, pastinya kejohanan ini bakal menjadi impak terbaik dalam bolasepak UNIMAS.
Tidak ketinggalan juga bagi para pemain Faster FC tahun ini. Tahniah kepada anda kerana berjaya mempamerkan aksi menarik dalam setiap perlawanan, disamping membuka mata pemerhati bolasepak UNIMAS. Tahun depan kita ganyang lagi....
Viva Faster FC. Make A Dreams Come True....

Read More...

Monday, August 13, 2007

Faster FC kalah tipis di Semi Final.

" Kitak urang mun dapat berekot laju kit,... defender sidak ya tuo-tuo yo."
Diundi dalam kumpulan maut, Faster FC tetap bersemangat untuk meneruskan perjuangan. Menang keatas Par United, yang menanti pula, bukan calang-calang pasukan, Red Rangers.
Jaringan oleh Nor Hailman Edi (bekas pemain Faster FC 2006) pada separuh masa kedua permainan meranapkan impian Faster FC untuk melangkah ke perlawanan akhir PDNC. Walaupun Faster FC digelar pasukan "underdog' di awal musim dan pernah kalah 0-5 kepada pasukan yang sama ... namun corak permainan yang ditonjolkan pada perlawanan ini agak seimbang, dimana kedua-dua pasukan saling serang-menyerang. Cuma dari segi pengalaman dan taktikal, pasukan Red Rangers lebih menyerlah.
Dengan ketiadaan perlawanan penentuan tempat ke 3-4.... maka berakhirlah sudah musim 2007, buat Pasukan Faster FC. Pencapaian pada tahun ini bolehlah dianggap terbaik dengan menduduki tempat ke 4 UPL dan melangkah ke Separuh Akhir PDNC walaupun diawal musim hanya di pandang sebelah mata oleh pasukan-pasukan lain.
Saksikan nanti perlawanan Akhir PDNC antara Red Rangers vs Saminu FC, 14 Ogos 2007 bertempay di Padang Kompleks Sukan Unimas, Kampus Timur jam 5 petang.

Read More...

Wednesday, August 8, 2007

Champions Youth Cup


Anda semua dijemput untuk menyaksikan pertembungan Malaysia dan Bayern Munich di Stadium Negeri Sarawak petang ini. Jangan lepaskan peluang menyaksikan bakal "star" bolasepak dunia kali ini beraksi di bumi Sarawak. Perlawanan ini akan bermula pada pukul 6.45 petang waktu "sitok".
Perlawanan lain pula ialah antara PSV Eindhoven dan Chelsea FC. Bagi peminat kedua-dua pasukan bolehlah turut sama menyaksikan perlawanan ini pada pukul 8.40 malam sejurus selepas perlawanan skuad negara itu nanti.

"dapat jugak tengok keadaan padang yang menjadi kontroversi di berita malam tadi"

Read More...

Tuesday, August 7, 2007

Video Ramli Vs Bangla

video


Ramlie "Faster" vs Bangla "Par"...sapa lebih kuat. Nampaknya.......
Sambil juga saksikan aksi lakonan menarik di petak kawasan D....

Read More...

Video dari "Juruletih"

video


Sebelum berjuang esok...mari kita ramai-ramai berhibur dengan persembahan dari "Juruletih" kita feat "Last Minute". Video diambil pada tahun lepas, semasa juruletih kita masih berkhidmat dengan Skuad Geng Kapak, Divisyen 2 Liga Ngap Sayot.
Para penonton yang hadir antara para penonton dan peminat pasukan Geng KAPAK....

So enjoyz dis song...

Read More...

Review PDNC : Faster FC vs Red Rangers


9 Ogos 2007, bertempat di Padang Kompleks Sukan Unimas, pertemuan 2 kelab ternama di Unimas, Faster FC dan Red Rangers akan berlangsung.
Kekalahan 0-5 tempohari pada pasukan yang sama, seboleh-bolehnya ingin dilupakan oleh pemain Faster Fc, disamping menyemai semangat berkobar-kobar untuk menang dalam perlawanan ini nanti.
Namun Faster Fc sedar, betapa kekuatan yang dimiliki oleh pasukan Red Rangers. Setelah suntikan semangat diberi dengan kemenangan 6-0 ke atas Feng Team, sudah pastinya mereka ingin sekali lagi meratah pasukan Faster Fc.
Buat Faster Fc.... kita teruskan strategi dan semangat yang ditonjolkan semasa menentang Par Utd minggu lepas. Pastinya, Red Rangers bakal menemui jalan sukar dan jerih yang baru pernah mereka lalui....
Viva Faster......

Read More...

Berita Minggu Ini (1)


Red Rangers telah melengkapkan senarai 4 pasukan ke separuh akhir PDNC, setelah menewaskan FENG Team 6-0 semalam. Mereka akan bertemu sekali lagi dengan pasukan Faster FC pada Khamis ini bagi mencari pasukan mana yang layak ke perlawanan akhir untuk bertemu samaada Saminu FC atau Bravo FC.

Read More...

Monday, August 6, 2007

Bravo FC bikin kejutan...


Kejutan demi kejutan berlaku untuk kejohanan PDNC kali ini. Bravo FC melakar kemenangan pertama mereka semenjak perlawanan Liga Perdana UNIMAS sehinggalah pembukaan perlawanan PDNC!
Tiada siapa menyangka , pasukan yang dulunya dianggap pasukan lemah, kini sudah setanding dengan pasukan-pasukan yang bertanding dalam liga UPL/
Kemenangan sebanyak 3-1 pasukan Bravo FC ke atas Rovers-X sedikit sebanyak memulih keyakinan Bravo FC. Bravo FC akan melangkah masuk ke semi final untuk bertemu Saminu FC. Seperti yang diketahui ramai juga, kini sudah ada 2 keputusan Upset yang berlaku, dimana Faster FC berjaya menundukkan Par United dengan 4-0, kini terbaru, Bravo FC menundukkan Rovers X dengan 3-1.
Adakah pasukan Feng Team yang akan bertemu pasukan Red Ranger petang ini mampu melakukan keputusan upset...sama-sama kita saksikan...

Read More...

Saturday, August 4, 2007

Faster Rulezz


Majalah Faster Rulezz edisi pertama sudah berada dipasaran.... jangan ketinggalan untuk membelinya....

Read More...

Wednesday, August 1, 2007

Faster FC Ke Separuh Akhir PDNC

Dendam berbalas.....

Ibarat pertemuan misi balas dendam selepas kekalahan dalam UPL, Faster Fc turun ke Padang Kompleks Sukan Unimas bagi penampilan sulung Piala Datuk Naib Canselor menentang pasukan Par UTD. Harus diingat, Par Utd yang dibarisi ramai pemain bintang Unimas, pernah menewaskan pasukan Faster FC 4-2 dalam UPL dan juga selaku Naib Juara UPL. Dengan menampilkan para pemain yang sama dalam perlawanan ini, sudah menunjukkan harapan mereka untuk mengulangi kemenangan tempohari.
Bagi Faster FC, dengan ketiadaan Rafi, Fadillah dan Nizam sebelum pertemuan ini sedikit sebanyak menggusarkan para pemain dan Jurulatih Raymond "The Conqueror".
Perlawanan antara kedua-dua pasukan pada kali ini banyak menampilkan permainan dan aksi menarik. Kedua-dua pasukan saling mengatur serangan berbahaya ke kubu lawan masing-masing.
15 minit selepas wisel permulaan, pasukan Par Utd mula mengawal permainan sambil memaksa bahagian pertahanan Faster FC yang diwakili "Kuda Liar", "Keta Tank","Ironman" dan "The Conqueror" bekerja keras. Namun, pada minit ke 28, Raymond "The Conqueror", berjaya menjaringkan gol cantik dari sebelah kanan gol menerusi sepakan percuma untuk Faster FC. Separuh masa pertama, berakhir dengan Faster FC mendahului 1-0.
Separuh masa kedua, sekali lagi pasukan Par Utd mengawal permainan dengan beberapa gerakan cantik, namun buntu dalam menjaringkan gol. Pada minit ke 45, sekali lagi Raymond bertindak mengambil sepakan percuma dari sebelah kanan dan disambut dengan tandukan kencang Azis untuk gol kedua Faster FC. Selepas ketinggalan 2 gol, keadaan barisan pertahanan Par UTD nampak agak goyah, dan ianya memudahkan pemain penyerang, Rasli Bujang bijak mengambil peluang dan seterusnya melakukan sepakan volley dari jarak 20 meter untuk gol ke 3. Minit ke 53, Ramlie pula mencipta nama selaku penjaring gol dalam perlawanan ini untuk membolehkan Faster FC mendahului dengan 4-0.
Perlawanan berakhir dengan kemenangan kepada Faster FC 4 gol tanpa balas.
Watak hero sebenar pasukan Faster FC dalam perlawanan ini ialah, penjaga gol Jair Johari aka JJ. Jair Johari sememangnya layak dipilih sebagai "Man Of The Match" dalam perlawanan ini. Walaupun mengalami kecederaan bahu, namun komitmen yang ditunjukkan memang baik. Peluang Par Utd menjaringkan gol, banyak diselamatkan oleh JJ, disamping 1 sepakan penalti yang berjaya di selamatkan, yang sudah pastinya bakal dikenang oleh pihak lawan.
Tahniah Faster FC...tahniah juga buat Par Utd kerana kedua-dua pasukan menampilkan aksi menarik dalam perlawanan ini.

Read More...

Image Hosted by ImageShack.us