Info Terkini

Best View: Best viewed by IE Faster FC melangkah ke Separuh Akhir PDNC selepas menang bergaya 4-0 ke atas Par United Kelab Faster FC mencari Seorang Striker dan Midfielder untuk Window Transfer. Sila Hubungi Faster FC Club for more info.

Monday, August 13, 2007

Faster FC kalah tipis di Semi Final.

" Kitak urang mun dapat berekot laju kit,... defender sidak ya tuo-tuo yo."
Diundi dalam kumpulan maut, Faster FC tetap bersemangat untuk meneruskan perjuangan. Menang keatas Par United, yang menanti pula, bukan calang-calang pasukan, Red Rangers.
Jaringan oleh Nor Hailman Edi (bekas pemain Faster FC 2006) pada separuh masa kedua permainan meranapkan impian Faster FC untuk melangkah ke perlawanan akhir PDNC. Walaupun Faster FC digelar pasukan "underdog' di awal musim dan pernah kalah 0-5 kepada pasukan yang sama ... namun corak permainan yang ditonjolkan pada perlawanan ini agak seimbang, dimana kedua-dua pasukan saling serang-menyerang. Cuma dari segi pengalaman dan taktikal, pasukan Red Rangers lebih menyerlah.
Dengan ketiadaan perlawanan penentuan tempat ke 3-4.... maka berakhirlah sudah musim 2007, buat Pasukan Faster FC. Pencapaian pada tahun ini bolehlah dianggap terbaik dengan menduduki tempat ke 4 UPL dan melangkah ke Separuh Akhir PDNC walaupun diawal musim hanya di pandang sebelah mata oleh pasukan-pasukan lain.
Saksikan nanti perlawanan Akhir PDNC antara Red Rangers vs Saminu FC, 14 Ogos 2007 bertempay di Padang Kompleks Sukan Unimas, Kampus Timur jam 5 petang.

No comments:

Image Hosted by ImageShack.us