Info Terkini

Best View: Best viewed by IE Faster FC melangkah ke Separuh Akhir PDNC selepas menang bergaya 4-0 ke atas Par United Kelab Faster FC mencari Seorang Striker dan Midfielder untuk Window Transfer. Sila Hubungi Faster FC Club for more info.

Wednesday, August 1, 2007

Faster FC Ke Separuh Akhir PDNC

Dendam berbalas.....

Ibarat pertemuan misi balas dendam selepas kekalahan dalam UPL, Faster Fc turun ke Padang Kompleks Sukan Unimas bagi penampilan sulung Piala Datuk Naib Canselor menentang pasukan Par UTD. Harus diingat, Par Utd yang dibarisi ramai pemain bintang Unimas, pernah menewaskan pasukan Faster FC 4-2 dalam UPL dan juga selaku Naib Juara UPL. Dengan menampilkan para pemain yang sama dalam perlawanan ini, sudah menunjukkan harapan mereka untuk mengulangi kemenangan tempohari.
Bagi Faster FC, dengan ketiadaan Rafi, Fadillah dan Nizam sebelum pertemuan ini sedikit sebanyak menggusarkan para pemain dan Jurulatih Raymond "The Conqueror".
Perlawanan antara kedua-dua pasukan pada kali ini banyak menampilkan permainan dan aksi menarik. Kedua-dua pasukan saling mengatur serangan berbahaya ke kubu lawan masing-masing.
15 minit selepas wisel permulaan, pasukan Par Utd mula mengawal permainan sambil memaksa bahagian pertahanan Faster FC yang diwakili "Kuda Liar", "Keta Tank","Ironman" dan "The Conqueror" bekerja keras. Namun, pada minit ke 28, Raymond "The Conqueror", berjaya menjaringkan gol cantik dari sebelah kanan gol menerusi sepakan percuma untuk Faster FC. Separuh masa pertama, berakhir dengan Faster FC mendahului 1-0.
Separuh masa kedua, sekali lagi pasukan Par Utd mengawal permainan dengan beberapa gerakan cantik, namun buntu dalam menjaringkan gol. Pada minit ke 45, sekali lagi Raymond bertindak mengambil sepakan percuma dari sebelah kanan dan disambut dengan tandukan kencang Azis untuk gol kedua Faster FC. Selepas ketinggalan 2 gol, keadaan barisan pertahanan Par UTD nampak agak goyah, dan ianya memudahkan pemain penyerang, Rasli Bujang bijak mengambil peluang dan seterusnya melakukan sepakan volley dari jarak 20 meter untuk gol ke 3. Minit ke 53, Ramlie pula mencipta nama selaku penjaring gol dalam perlawanan ini untuk membolehkan Faster FC mendahului dengan 4-0.
Perlawanan berakhir dengan kemenangan kepada Faster FC 4 gol tanpa balas.
Watak hero sebenar pasukan Faster FC dalam perlawanan ini ialah, penjaga gol Jair Johari aka JJ. Jair Johari sememangnya layak dipilih sebagai "Man Of The Match" dalam perlawanan ini. Walaupun mengalami kecederaan bahu, namun komitmen yang ditunjukkan memang baik. Peluang Par Utd menjaringkan gol, banyak diselamatkan oleh JJ, disamping 1 sepakan penalti yang berjaya di selamatkan, yang sudah pastinya bakal dikenang oleh pihak lawan.
Tahniah Faster FC...tahniah juga buat Par Utd kerana kedua-dua pasukan menampilkan aksi menarik dalam perlawanan ini.

No comments:

Image Hosted by ImageShack.us