Info Terkini

Best View: Best viewed by IE Faster FC melangkah ke Separuh Akhir PDNC selepas menang bergaya 4-0 ke atas Par United Kelab Faster FC mencari Seorang Striker dan Midfielder untuk Window Transfer. Sila Hubungi Faster FC Club for more info.

Thursday, July 26, 2007

Faster FC vs Bravo FC

Barisan pertahanan yang diketuai, Raymond "The Conqueror", Ziman "Ironman", Boy "Kuda Liar" dan Hasri "Keta Tank"
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Berikut adalah laporan perlawanan antara Faster FC vs Bravo FC.
24 Julai 2007, pukul 5 petang, bertempat di Padang Kompleks Sukan Unimas, pertembungan terakhir buat kedua-dua pasukan dalam saingan Liga Perdana Unimas musim pertama. Perlawanan ini berkesudahan dengan seri 0 - 0. Bermain dalam keadaan padang yang becak selepas hujan, memang agak memeritkan bagi kedua-dua pasukan dalam mencari gol.

Sejak dari mula wisel permainan dibunyikan, pemain-pemain Faster FC telah membuat seraqngan demi serangan yang berbahaya di kubu pertahanan pihak Bravo FC. Namun, dalam keadaan padang becak memang menyukarkan pergerakan pemain Faster FC yang memang dikenali dengan kepantasan larian untuk menjaringkan gol. Beberapa peluang disia-siakan. Mungkin disebabkan tekanan untuk mempertahankan kedudukan tempat ke 3 dalam liga, membuatkan

Mengetahui akan kesungguhan pemain Faster FC dalam mencari gol, di separuh masa kedua, pengurus Bravo FC sendiri bertindak sebagai Penjaga Gol bagi menggantikan penjaga gol asal. Nyata, tindakan mereka tidak sia-sia dalam menangkis segala asakan pemain Faster FC yang diketuai oleh Ramlie dan Rasli Bujang. Pada pertengahan babak kedua, tindakan pengadil tidak memberi sepakan penalti kepada Faster FC begitu memeranjatkan dan mengecewakan. Bola yang begitu jelas terkena tangan pemain pertahanan Bravo FC dalam kotak penalti tidak diendahkan oleh pengadil. Dengan seri kepada Bravo FC ini, maka berakhirlah sudah saingan Faster FC dalam liga perdana Unimas. Kedudukan dalam liga masih belum diketahui hinggalah kesemua kelab yang bertanding menghabiskan baki 1 perlawanan pada hari Khamis ini.
Buat pemain Faster FC, tingkatkan lagi permainan kita. PAR Utd kembali mencabar untuk Piala Dato Naib Canselor..... Make a dreams Comes true.

No comments:

Image Hosted by ImageShack.us