Info Terkini

Best View: Best viewed by IE Faster FC melangkah ke Separuh Akhir PDNC selepas menang bergaya 4-0 ke atas Par United Kelab Faster FC mencari Seorang Striker dan Midfielder untuk Window Transfer. Sila Hubungi Faster FC Club for more info.

Thursday, July 26, 2007

Penghargaan dari Meja Pengurus...


Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua,

Saya ingin merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua pemain FASTER FC dan pihak pengurusan FASTER FC. Berakhirnya tiupan wisel penamat pada perlawanan terakhir menentang Bravo FC, menandakan tamat sudah LIGA UPL UNIMAS 2007.

Ucapan ribuan terima kasih kepada setiap pemain dengan komitmen yang tinggi serta semangat berpasukan yang terbaik ditunjukan sepanjang liga berlangsung. Pencapaian 2 kali menang, 3 seri dan 2 kalah adalah sesuatu yang membanggakan bagi skuad kerdil seperti kita. Syabas buat semua. Tempat ke-4 dalam liga dengan 9 mata cukup membuktikan bahawa kelab ini mampu untuk bersaingan dalam kejohanan liga pada masa akan datang. Namun jumlah jaringan paling sedikit dalam liga boleh dijadikan perangsang kepada pemain terutama di posisi penyerang untuk lebih gigih merobek benteng lawan pada masa akan datang. Tahniah dan syabas buat skuad pertahanan pasukan yang cemerlang disepanjang kejohanan walaupun terdapat sedikit masalah disebabkan beberapa insiden pengantungan pemain. Ianya satu "adat" dalam kejohanan bolasepak, masalah-masalah sebegini memberikan satu cabaran buat pasukan yang "masih kurang berpengalaman" bagi kita untuk menempuh kejohanan kali ini,

Tahniah buat semua dan kerjasama diberikan sepanjang kejohanan amat membanggakan. Saya mengharapkan kejayaan yang lebih cemerlang dalam Piala Datuk NC yang akan bermula pada 31 Julai 2007.

Go Faster Fc.

Pengurus Faster FC
SAMSUR MOHAMAD
Faculty of Resource Science and Technology
University Malaysia Sarawak
94300 Kota Samarahan
Sarawak

No comments:

Image Hosted by ImageShack.us