Info Terkini

Best View: Best viewed by IE Faster FC melangkah ke Separuh Akhir PDNC selepas menang bergaya 4-0 ke atas Par United Kelab Faster FC mencari Seorang Striker dan Midfielder untuk Window Transfer. Sila Hubungi Faster FC Club for more info.

Tuesday, July 10, 2007

Perlawanan Tumpuan : Faster FC vs Red Rangers

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,

Tahniah buat semua pemain Faster FC dan pihak pengurusan atas kejayaan mengekalkan rekod tanpa kalah pasukan setelah mengharungi empat perlawanan sepanjang Liga Perdana Unimas. Seperti sedia maklum, perlawanan 3 Julai 2007 antara FASTER FC dan Rovers X berkesudahan dengan kemenangan berpihak kepada pasukan Faster FC. Keputusan ini seterusnya mengukuhkan kedudukan kelab di tangga ketiga liga dengan mengumpul lapan mata dan hanya bolos satu gol sahaja.

Untuk pengetahuan semua juga, esok Khamis 12 Julai 2007, jam 5 pm, merupakan pertemuan 2 pasukan yang belum pernah kalah dalam saingan UPL setakat ini. Pasukan tersebut, tidak lain dan tidak bukan Faster FC dan lawannya Red Rangers.
Permainan yang akan ditonjolkan esok sudah pastinya menarik, dimana kedua-dua pasukan bakal menghidangkan resipi masing-masing bagi mengatasi antara satu sama lain. Bagi pasukan yang menang, sudah pastinya bakal meninggalkan impak yang besar kepada pasukan itu sendiri.

Walaupun pasukan Red Rangers merupakan sebuah pasukan yang handal, dan sering menghasilkan jumlah gol yang banyak untuk setiap perlawanan, namun diakhir-akhir 2 perlawanan lepas, pasukan ini sudah menunjukkan tahap prestasi yang menurun. Bagi pasukan Faster FC pula, dengan ketiadaan pemain-pemain star kelab, seperti Ziman (Ironman), Hasri (Kereta Tank) dan Dr. Samsur sudah pastinya merencatkan strategi yang diolah bagi menghadapi Red Rangers. Tapi inilah bolasepak.... pelbagai kejutan telah kita temui. Ayuhlah Faster FC. Make a dreams come true.... Kita pasti boleh menang esok...
Harapan agar semua para peminat Faster FC dan para peminat bolasepak UNIMAS dapat turun ke Padang UNIMAS, bagi menyaksikan perlawanan tumpuan minggu ini, Faster FC VS Red Rangers.

No comments:

Image Hosted by ImageShack.us