Info Terkini

Best View: Best viewed by IE Faster FC melangkah ke Separuh Akhir PDNC selepas menang bergaya 4-0 ke atas Par United Kelab Faster FC mencari Seorang Striker dan Midfielder untuk Window Transfer. Sila Hubungi Faster FC Club for more info.

Thursday, July 26, 2007

VIVA FASTER, makes dreams come true

Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera,

Liga Perdana Unimas hampir melabuhkan tirai penutupnya dan Pasukan Faster akan menentang pasukan Bravo FC untuk melengkapkan 7 perlawanan sepanjang Liga Perdana sebelum bermulanya sepak mula Piala Datuk Naib Canselor

Seperti sebelum ini pasukan FASTER FC turun dengan menurunkan pemain utamanya dan berhasrat untuk mengutip tiga mata penuh dengan memberi saingan kepada pasukan SAMINU FC untuk merebut tangga ke-3 liga.

Setelah perlawanan tamat pasukan Bravo akhirnya mampu mencuri satu mata setelah perlawanan hanya mampu seri tanpa jaringan sehingga tamat masa perlawanan. Pasukan FASTER mampu mengawal permainan dan hanya nasib dan tiada penyudah yang baik mampu dihasilkan untuk mencuri mata berharga dalam perlawanan tersebut.

Pihak pengurusan kelab mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada semua pemain atas semangat dan disiplin ditunjukkan sepanjang Liga Perdana dilangsungkan.Selain itu, pihak pengurusan juga bercadang untuk mendapatkan seorang pemain penyerang untuk menggantikan pemain yang akan digugurkan dari pasukan atas masalah disiplin dan komitmen dalam berpasukan.Sekiranya ada pemain yang berminat untuk menyarung jersi FASTER untuk Piala Datuk Naib Canselor (PDNC) sila berhubung dengan pengurus pasukan (Dr Samsur Mohamad). Kehadiran anda amat dialu-alukan oleh pihak pengurusan kelab.

Selain itu pihak pengurusan juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih pada kelab penyokong dan jurufoto atas sumbangan diberikan. Pihak pengurusan juga mengucapkan tahniah dan terima kasih pada saudara Azaharie yang akan memulakan tugas barunya di Jabatan Perangkaan dan diharapkan terus cemerlang dan berjaya dalam bidang yang diceburi.

Akhir sekali, kekalahan hari ini bukan bermaksud kekalahan selamanya. Nantikan kebangkitan FASTER FC pada PDNC….

VIVA FASTER, makes dream comes true

Sekian, terima kasih.
Nurul Azwan
Setiausaha Kelab Faster FC.

No comments:

Image Hosted by ImageShack.us